Pular para o conteúdo
Publicidade

KEBIJAKSANAAN SALOMO 1

Carilah Kebenaran

1 Cintailah keadilan, hai para penguasa bumi! Arahkanlah fikiranmu dengan ikhlas kepada Tuhan dan carilah Dia dengan tulus hati. Keb 6.1-112 Orang yang tidak mencubai Tuhan akan menemui-Nya. Dia menampakkan diri kepada mereka yang menaruh kepercayaan kepada-Nya. 3 Fikiran yang tidak lurus menjauhkan orang daripada Allah. Orang yang bodoh sehingga mencubai Dia akan dipermalukan oleh kekuasaan-Nya. 4 Kebijaksanaan tidak terdapat pada orang yang suka menipu atau dikuasai dosa. 5 Orang yang suci dan terdidik menjauhkan tipu daya dan fikiran bodoh. Dia tidak tahan apabila kejahatan muncul.

Allah Tahu akan Apa yang Kita Katakan

6 Kebijaksanaan ialah roh yang murah hati, tetapi ia tidak mengampuni orang yang mengutuk Allah, oleh sebab Allah tahu akan fikiran dan perasaannya yang paling dalam dan mendengar semua perkataannya. 7 Roh Tuhan memenuhi seluruh bumi. Dia menguasai segala-galanya dan mengetahui semua perkataan manusia. 8 Orang yang bercakap jahat tidak akan terlepas; suatu ketika dia akan menerima hukuman yang setimpal. 9 Rancangan orang jahat akan diselidiki dan perkataan mereka disampaikan kepada Tuhan, supaya mereka dihukum kerana pelanggaran mereka. 10 Hal itu demikian, kerana Allah yang cemburu mendengar segala sesuatu, malahan sungutan orang pun tidak tersembunyi. 11 Jadi waspadalah, jangan bersungut-sungut kerana hal itu tidak ada gunanya. Jangan juga memfitnah oleh sebab percakapan rahsia mesti ada akibatnya dan engkau akan binasa kerana berdusta.

Allah Tidak Mencipta Maut

12 Jangan datangkan maut kerana kesalahanmu sendiri dan jangan binasakan diri kerana perbuatan jahat, 13 oleh sebab maut bukan ciptaan Allah, dan Dia tidak gembira kalau yang hidup binasa. Yeh 18.32,33.11;2 Ptr 3.914 Dia menjadikan segalanya supaya tetap ada; semua ciptaan-Nya baik dan berguna. Racun yang mematikan tidak ada pada mereka; maut tidak berkuasa di dunia ini, 15 oleh sebab kebaikan itu kekal abadi. 16 Dengan perbuatan dan perkataan, orang jahat mendatangkan maut atas diri mereka. Mereka merindukannya seperti merindui sahabat. Mereka mengadakan perjanjian dengan maut, dan itulah yang patut diterima mereka. Ams 8.36;Yes 28.15;Sir 14.12

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também