Pular para o conteúdo
Publicidade

KEBIJAKSANAAN SALOMO 10

Kebijaksanaan Melindungi Adam

1 Kebijaksanaan melindungi bapa umat manusia yang diciptakan sebagai manusia pertama, waktu dia masih sendiri. Kebijaksanaan menyelamatkannya daripada akibat dosa 2 dan memberi kekuatan kepadanya untuk menguasai segala-galanya. Kej 1.26-28

Kain Meninggalkan Kebijaksanaan

3 Tetapi ada seorang jahat yang meninggalkan kebijaksanaan. Dalam kemarahannya dia membunuh saudaranya sehingga dia sendiri binasa. Kej 4.8-13

Kebijaksanaan Melindungi Nuh

4 Kerana kejahatan itu, bumi dilanda banjir tetapi diselamatkan lagi oleh kebijaksanaan. Seorang yang tulus hati dibimbingnya dalam kapal kayu yang kurang bermutu. Kej 7.1—8.22

Kebijaksanaan Menolong Abraham

5 Sesudah bangsa-bangsa menjadi kacau-bilau dalam rancangan mereka yang jahat, kebijaksanaan menemukan seorang yang baik lalu menjaganya supaya dia tidak bercela di sisi Allah. Dia menguatkan hati orang itu untuk lebih mentaati Allah daripada menyayangi anaknya. Kej 11.1-9,12.1-3,22.1-19

Kebijaksanaan Menyelamatkan Lot

6 Sementara orang jahat jatuh binasa, kebijaksanaan menyelamatkan orang yang baik, sehingga dia terlepas daripada api yang membinasakan lima buah kota. 7 Bukti-bukti kejahatan penduduknya masih dapat dilihat. Negeri itu menjadi padang gurun yang berasap, dan buah di pohon-pohon tidak pernah menjadi masak. Tiang garam yang masih berdiri tegak mengingatkan kepada seorang yang tidak percaya. 8 Penduduk kota-kota itu mengesampingkan kebijaksanaan, sehingga mereka tidak dapat membezakan yang baik daripada yang jahat. Reruntuhan kota-kotanya juga mengingati kita akan kebodohan mereka, sehingga kita tidak dapat melupakan kesalahan mereka. 9 Tetapi orang yang melayan kebijaksanaan diselamatkan daripada kesusahan. Kej 19.1-29

Kebijaksanaan Melindungi Yakub

10 Pernah kebijaksanaan menunjukkan jalan kepada seorang yang baik sewaktu dia melarikan diri daripada kemarahan saudaranya. Kebijaksanaan menampakkan pemerintahan Allah dan memperkenalkan hal-hal yang suci kepadanya. Kebijaksanaan membuatnya sejahtera dan berhasil dalam segala jerih payahnya. 11 Apabila mereka yang serakah ingin merampas miliknya, kebijaksanaan mendampingi orang itu dan membuatnya kaya. 12 Kebijaksanaan melindunginya daripada musuh-musuh yang mengadang, dan memberinya kemenangan dalam pertempuran yang sengit, supaya dia tahu bahawa tidak ada orang yang lebih kuat daripada yang mengabdi kepada Allah. Kej 27.43,28.10-22,32.24-30

Kebijaksanaan Menyelamatkan Yusuf

13 Kebijaksanaan tetap menyertai seseorang yang dijual sebagai hamba. Kebijaksanaan menjaganya daripada dosa, 14 dan mengikutinya ke dalam penjara. Di sana kebijaksanaan tidak pernah meninggalkannya sehingga dia telah diberi kuasa terhadap suatu kerajaan, dan dijadikan penguasa bagi orang yang telah menindasnya. Dengan demikian kebijaksanaan menunjukkan bahawa dia telah dituduh dengan palsu. Kemudian kebijaksanaan memberi dia kemuliaan abadi. Kej 37.12-36,39.1-23

Kebijaksanaan Membimbing Orang Israel Keluar dari Mesir

15 Kebijaksanaan menyelamatkan suatu bangsa yang suci dan tidak bercela daripada bangsa lain yang menindas mereka. 16 Kebijaksanaan mengilhami seorang hamba Tuhan dan dengan banyak keajaiban menentang raja-raja yang menakutkan. 17 Kebijaksanaan memberi umat Allah upah jerih payah mereka, dan membimbing mereka melalui jalan yang ajaib. Kebijaksanaan menjadi naungan pada waktu siang dan cahaya bintang pada waktu malam bagi mereka. 18 Kemudian kebijaksanaan menghantar mereka melalui Laut Gelagah yang dalam. 19 Tetapi musuh-musuh mereka ditenggelamkannya dan mayat-mayat mereka dihanyutkannya ke pantai. 20 Orang baik merampas harta orang yang tidak mengenali Allah. Oleh itu mereka menyanyikan puji-pujian bagi nama-Mu yang suci, ya Tuhan. Mereka bersama-sama memuji Engkau, kerana Engkau telah membela mereka. 21 Kebijaksanaan membuat orang bisu dapat bercakap dan membuat kanak-kanak bercakap dengan lancar. Kel 1.1—15.21

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também