Yesus Menampakkan Diri kepada Pengikut-Pengikut-Nya
19 Pada hari Minggu itu juga, apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus berkumpul di sebuah rumah dengan pintu yang terkunci, kerana mereka takut akan para penguasa Yahudi. Kemudian Yesus datang berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata, "Salam sejahtera!" 20 Setelah berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan rusuk-Nya kepada mereka. Barulah mereka bersukacita melihat Tuhan. 21 Yesus berkata kepada mereka lagi, "Salam sejahtera! Sebagaimana Bapa mengutus Aku, demikian juga Aku mengutus kamu." 22 Kemudian Yesus menghembuskan nafas-Nya kepada mereka dan berkata, "Terimalah Roh Allah. 23 Mat 16.19,18.18Sesiapa yang dosanya kamu ampunkan, orang itu diampuni oleh Allah. Sesiapa yang dosanya tidak kamu ampunkan, orang itu tidak diampuni oleh Allah."