Pular para o conteúdo
Publicidade

Yeremia 22

Perkhabaran Yeremia bagi Keluarga Diraja Yehuda

1,2 TUHAN menyuruh aku pergi ke istana raja Yehuda, keturunan Raja Daud, untuk menyampaikan perkhabaran TUHAN kepada raja dan kepada para pegawainya, serta penduduk Yerusalem. Inilah firman TUHAN kepada mereka, 3 "Lakukanlah apa yang adil dan jujur. Lepaskanlah orang yang ditipu daripada kekuasaan orang yang menipunya. Jangan tindas atau berbuat jahat terhadap orang asing, anak yatim piatu atau balu. Jangan bunuh orang yang tidak bersalah di tempat yang suci ini. 4 Jika kamu sungguh-sungguh menjalankan perintah-Ku, maka keturunan Daud akan tetap menjadi raja. Mereka bersama dengan para pegawai dan rakyat mereka akan melalui pintu gerbang istana ini dengan mengendarai kereta kuda dan menunggang kuda. 5 Mat 23.38;Luk 13.35 Tetapi jika kamu tidak mentaati perintah-Ku, Aku bersumpah bahawa istana ini akan menjadi runtuhan. Aku, TUHAN, telah berfirman.

6 Bagi-Ku, istana raja Yehuda seindah tanah dan Pergunungan , tetapi tempat itu akan Kujadikan gurun yang tidak didiami orang. 7 Aku akan mengirim orang untuk menghancurkannya. Mereka akan membawa kapak, lalu merobohkan tiang-tiangnya yang indah, yang dibuat daripada kayu sedar. Kemudian mereka akan melemparkannya ke dalam api.

8 Selepas itu banyak orang asing akan lalu di situ dan bertanya kepada satu sama lain, mengapa Aku, TUHAN, telah bertindak begitu terhadap kota yang besar itu. 9 Kemudian mereka akan menjawab bahawa semua itu berlaku kerana kamu telah mengingkari perjanjian kamu dengan Aku, Allah kamu, dan telah menyembah serta mengabdi kepada tuhan-tuhan lain."

Perkhabaran Yeremia tentang Raja Yoahas

10 Hai penduduk Yehuda, jangan tangisi Raja Yosia;

jangan ratapi kemangkatan raja.

Tetapi tangisilah Yoahas, putera raja;

kerana putera itu telah dibawa pergi

dan tidak akan kembali.

Dia tidak akan melihat tanah airnya lagi.

11 2 Raj 23.31-34;2 Taw 36.1-4 Inilah firman TUHAN tentang Raja Yoahas, putera Raja Yosia, yang menjadi raja Yehuda menggantikan ayahandanya, "Dia telah pergi dari sini, dan tidak akan kembali. 12 Dia akan meninggal di negeri pembuangan, dan dia tidak akan melihat negeri ini lagi."

Perkhabaran Yeremia tentang Raja Yoyakim

13 Malanglah orang yang mendirikan rumahnya dengan ketidakadilan,

dan membesarkannya dengan ketidakjujuran.

Dia menyuruh orang bekerja tanpa ganjaran,

dan tidak membayar upah mereka.

14 Malanglah orang yang berkata,

"Aku akan mendirikan istana

yang mempunyai bilik-bilik besar di tingkat atas."

Lalu dia membuat tingkap rumahnya,

dengan bingkai daripada kayu sedar,

lalu mengecatnya dengan warna merah.

15 Adakah engkau menjadi raja yang lebih baik,

jika engkau membina istana dengan kayu sedar,

sehingga lebih cantik daripada istana orang lain?

Bapamu menikmati hidup yang bahagia.

Dia selalu berlaku adil dan tidak berat sebelah,

dan dia berjaya dalam segala usahanya.

16 Dia mengadili perkara orang miskin dengan adil;

segala sesuatu berjalan dengan baik untuknya.

Itulah ertinya mengenal TUHAN.

17 Tetapi engkau hanya mencari keuntungan diri sendiri;

engkau membunuh orang yang tidak bersalah,

dan menindas rakyatmu dengan kejam.

Demikianlah firman TUHAN.

18 2 Raj 23.36—24.6;2 Taw 36.5-7 Oleh itu, TUHAN berfirman tentang Raja Yoyakim putera Raja Yosia, dari Yehuda,

"Tiada orang yang meratapi kemangkatan baginda;

tiada orang yang berkata,

‘Aduhai sahabatku, aduhai.’

Tiada orang yang menangisinya atau berseru,

‘Kasihan tuanku raja!’

19 Yoyakim akan diseret

dan dilempar keluar pintu gerbang Yerusalem,

seperti yang dilakukan orang terhadap bangkai keldai."

Perkhabaran tentang Kesudahan Yerusalem

20 TUHAN berfirman,

"Hai penduduk Yerusalem, pergilah ke dan berteriaklah.

Pergilah ke tanah dan memekiklah;

berserulah dari pergunungan Moab,

kerana semua sekutu kamu sudah dikalahkan.

21 Aku telah berfirman kepada kamu ketika kamu makmur,

tetapi kamu tidak mahu mendengarkan Aku.

Itulah yang kamu lakukan sepanjang hidup kamu;

kamu tidak pernah mahu taat kepada-Ku.

22 Oleh itu, para pemimpin kamu akan lenyap seperti ditiup angin;

sekutu-sekutu kamu akan diangkut sebagai tawanan,

dan kota kamu dihina dan dipermalukan

kerana kamu telah melakukan kejahatan.

23 Kamu tinggal dengan aman

kerana dikelilingi tiang-tiang sedar ,

tetapi apabila kamu ditimpa kesakitan,

kamu akan menderita seperti wanita yang bersalin."

Hukuman Allah kepada Raja Yoyakhin

24 2 Raj 24.8-15;2 Taw 36.9-10 TUHAN berfirman kepada Raja Yoyakhin putera Raja Yoyakim, dari Yehuda, "Demi Aku, Allah yang hidup, Aku tegaskan bahawa walaupun engkau bagaikan cincin meterai pada tangan kanan-Ku, namun Aku akan mencabut engkau, 25 lalu menyerahkan engkau kepada orang yang engkau takuti, iaitu orang yang ingin membunuh engkau. Aku akan menyerahkan engkau kepada Raja Nebukadnezar dari dan askar-askarnya. 26 Aku akan mengusir engkau dan ibumu, lalu Aku akan membuang kamu ke negeri yang bukan tanah air kamu. Kamu berdua akan mati di sana. 27 Kamu akan sangat merindukan negeri ini, tetapi kamu tidak akan kembali."

28 Aku, Yeremia berkata, "Adakah Raja Yoyakhin telah menjadi seperti periuk pecah yang dibuang dan tidak disukai lagi? Itukah sebabnya baginda dan anak-anaknya diusir dan dibuang ke negeri yang asing bagi mereka?"

29 Wahai negeriku, tanah airku!

Dengarlah firman TUHAN,

30 "Orang itu telah ditentukan supaya kehilangan anak-anaknya

dan selalu gagal dalam hidupnya.

Dia tidak akan mempunyai keturunan

yang memerintah di Yehuda

sebagai pengganti Daud.

Aku, TUHAN, telah berfirman."

Lugar Bíblico
Região / Território
Gileade
Hoje: Tell edh Dhahab esh Sherqiyeh
גִּלְעָדgilad
Gileade é a terra que Moisés deu a Maquir, de Manassés, e onde Rúben, Gade e metade da tribo de Manassés tinham sua própria terra. Dela eram Jair, que liderou Israel, e Elias (Números 32:40).
32,19° N, 35,69° L
Citado em 86 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Líbano
Hoje: Jezzine
לְבָנוֹןlevanon
O Líbano é uma terra de montanhas e cedros, de onde se cortava madeira com a ajuda dos sidônios e onde Salomão construiu o que quis, além de Jerusalém e do resto de seu domínio (1 Reis 9:19).
33,54° N, 35,58° L
Citado em 57 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Líbano
Hoje: Jezzine
לְבָנוֹןlevanon
O Líbano é uma terra de montanhas e cedros, de onde se cortava madeira com a ajuda dos sidônios e onde Salomão construiu o que quis, além de Jerusalém e do resto de seu domínio (1 Reis 9:19).
33,54° N, 35,58° L
Citado em 57 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Basã
Hoje: Saham al Jawlan
בָּשָׁןbashan
Basã é a terra do reino de Ogue, que reinou em Astarote e Edrei e foi derrotado por Moisés. Coube à tribo de Manassés, e nela ficava Golã, cidade de refúgio (Josué 13:12).
32,78° N, 35,93° L
Citado em 53 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Líbano
Hoje: Jezzine
לְבָנוֹןlevanon
O Líbano é uma terra de montanhas e cedros, de onde se cortava madeira com a ajuda dos sidônios e onde Salomão construiu o que quis, além de Jerusalém e do resto de seu domínio (1 Reis 9:19).
33,54° N, 35,58° L
Citado em 57 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Babilônia
Hoje: Al-Hillah (Babilônia), Iraque
בָּבֶ֫לbavelΒαβυλώνBabulōn
Babilônia é a cidade cujo rei foi a Jerusalém, tirou de lá o rei e os nobres e os levou consigo para a Babilônia (Ezequiel 17:12).
32,54° N, 44,42° L
Citado em 296 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Yeremia 52
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.