Pular para o conteúdo
Publicidade

Yeremia 46

Mesir Dikalahkan di Karkemis

1 TUHAN berfirman kepadaku tentang bangsa-bangsa, 2 bermula dengan Mesir. Demikianlah firman-Nya tentang tentera Raja Nekho dari Mesir, yang telah dikalahkan oleh Raja Nebukadnezar dari , di Karkemis berhampiran Sungai Efrat pada tahun keempat pemerintahan Raja Yoyakim sebagai raja Yehuda,

3 "Para panglima tentera Mesir memekik,

‘Siapkanlah perisai kamu,

dan maralah untuk bertempur!

4 Pasanglah abah-abah pada kuda

dan tunggangilah kuda kamu!

Berbarislah dan pakailah topi besi!

Asahlah tombak kamu!

Pakailah baju zirah kamu!’ "

5 TUHAN bertanya, "Tetapi apakah yang Aku nampak ini?

Mereka mundur ketakutan.

Tentera mereka dipukul mundur;

mereka lari secepat mungkin,

mereka tidak berani menoleh,

kerana sangat ketakutan.

6 Mereka yang berlari dengan pantas tidak dapat melepaskan diri;

askar-askar tidak dapat melarikan diri.

Mereka tersandung dan jatuh,

di utara, dekat Sungai Efrat.

7 Siapakah yang naik seperti air Sungai Nil,

seperti sungai yang membanjiri tebingnya?

8 Itulah negeri Mesir, yang naik seperti Sungai Nil,

seperti sungai yang membanjiri tebingnya.

Negeri Mesir berkata, ‘Aku akan naik dan menenggelamkan dunia;

aku akan memusnahkan kota-kota dan penduduk di sana.

9 Perintahlah kuda untuk pergi,

dan kereta-kereta kuda untuk bergerak laju!

Kirimlah askar-askar:

orang dari EtiopiaEtiopia: Lihat 38.7. dan yang membawa perisai,

dan juga pemanah mahir dari Lidia.’ "

10 Inilah hari TUHAN Raja Yang Maha Kuasa:

hari ini Dia akan membalas dendam;

hari ini Dia akan menghukum musuh-Nya.

Pedang-Nya akan makan mereka sehingga kenyang,

dan minum darah mereka sehingga puas.

Hari ini Yang Maha Kuasa menyembelih korban-korban-Nya,

di utara, dekat Sungai Efrat.

11 Hai penduduk Mesir, pergilah ke Gilead: Lihat 8.22.

dan dapatkanlah ubat!

Semua ubat kamu ternyata tidak berguna;

tiada satu pun dapat menyembuhkan kamu.

12 Bangsa-bangsa telah mendengar aib kamu;

semua orang telah mendengar tangisan kamu.

Askar yang satu tersandung pada askar yang lain,

lalu kedua-duanya jatuh ke tanah.

Kedatangan Raja Nebukadnezar

13 Yer 43.10-13 Ketika Raja Nebukadnezar dari , datang menyerang Mesir, TUHAN berfirman kepadaku,

14 "Isytiharkanlah berita ini di kota-kota Mesir,

iaitu Migdol, Memfis, dan ,

‘Bersedialah membela diri kamu;

semua milik kamu akan musnah dalam peperangan!

15 Mengapakah Apis, dewa kamu yang kuat itu jatuh?

TUHAN telah memukul dewa itu!’

16 Askar-askar kamu tersandung dan jatuh!

Mereka berkata sesama sendiri,

‘Cepatlah! Marilah kita pulang kepada bangsa kita,

dan melarikan diri dari pedang pembinasa!’

17 Berilah raja Mesir nama yang baru:

‘Tukang Bising Yang Melepaskan Peluang.’

18 Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa, Akulah raja.

Akulah Allah yang hidup.

Sebagaimana Gunung lebih tinggi daripada gunung lain,

dan Gunung Karmel lebih tinggi daripada permukaan laut,

demikianlah kekuatan orang yang akan menyerang kamu.

19 Bersiaplah untuk ditawan, hai penduduk Mesir!

Memfis akan menjadi padang gurun,

runtuhan yang tidak didiami orang.

20 Mesir seperti seekor lembu yang gemuk,

tetapi didatangi oleh pikat dari utara.

21 Bahkan askar-askar upahannya pun

tidak berdaya seperti anak lembu.

Mereka tidak dapat bertahan untuk berperang;

mereka semua berpaling dan lari.

Hari hukuman bagi mereka telah tiba;

sudah sampai masa mereka dibinasakan.

22 Mesir melarikan diri sambil berdesis seperti ular,

sementara tentera musuh semakin dekat.

Musuh menyerang dengan kapak,

seperti orang menebang pokok,

23 seperti orang memusnahkan hutan tebal.

Bilangan mereka tidak terhitung,

askar mereka lebih banyak daripada belalang.

24 Penduduk Mesir dipermalukan,

mereka dikalahkan oleh bangsa dari utara.

Aku, TUHAN, telah berfirman."

25 TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel berfirman, "Aku akan menghukum Amon, dewa kota Tebe bersama dengan Mesir dan dewa-dewa serta raja-rajanya. Aku akan mengambil raja Mesir dan semua yang berharap kepadanya, 26 Yes 19.1-25; Yeh 29.1—32.32 lalu menyerahkan mereka kepada orang yang hendak membunuh mereka, iaitu Raja Nebukadnezar dari dan tenteranya. Tetapi pada kemudian hari, orang akan tinggal lagi di Mesir, seperti pada masa lampau. Aku, TUHAN, telah berfirman."

TUHAN Akan Menyelamatkan Umat-Nya

27 "Jangan takut, hai umat-Ku,

jangan gentar, hai umat .

Aku akan menyelamatkan kamu dari negeri yang jauh,

dari negeri tempat kamu ditawan.

Kamu akan pulang dan tinggal di negeri kamu dengan aman;

kamu akan hidup dengan tenteram;

tiada sesiapa pun akan menakutkan kamu.

28 Yer 30.10-11 Aku akan datang dan menyelamatkan kamu.

Aku akan memusnahkan semua negeri

tempat Aku mencerai-beraikan kamu,

tetapi Aku tidak akan membinasakan kamu.

Aku tidak akan melepaskan kamu daripada hukuman,

tetapi apabila Aku menghukum kamu,

Aku akan berlaku adil.

Aku, TUHAN, telah berfirman."

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Babilônia
Hoje: Al-Hillah (Babilônia), Iraque
בָּבֶ֫לbavelΒαβυλώνBabulōn
Babilônia é a cidade cujo rei foi a Jerusalém, tirou de lá o rei e os nobres e os levou consigo para a Babilônia (Ezequiel 17:12).
32,54° N, 44,42° L
Citado em 296 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Pute
Hoje: Shahhat (Cirene), Líbia
פּוּטputΛιβύηLibuē
Pute é uma terra cujos homens serviam como soldados num exército, ao lado de persas e lídios, com escudos e capacetes (Ezequiel 27:10).
32,82° N, 21,85° L
Citado em 6 versículosTb.: Líbia
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Gileade
Hoje: Tell edh Dhahab esh Sherqiyeh
גִּלְעָדgilad
Gileade é a terra que Moisés deu a Maquir, de Manassés, e onde Rúben, Gade e metade da tribo de Manassés tinham sua própria terra. Dela eram Jair, que liderou Israel, e Elias (Números 32:40).
32,19° N, 35,69° L
Citado em 86 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Babilônia
Hoje: Al-Hillah (Babilônia), Iraque
בָּבֶ֫לbavelΒαβυλώνBabulōn
Babilônia é a cidade cujo rei foi a Jerusalém, tirou de lá o rei e os nobres e os levou consigo para a Babilônia (Ezequiel 17:12).
32,54° N, 44,42° L
Citado em 296 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Tafnes
Hoje: Tell Defenneh
תַּחְפַּנְחֵסtachpanches
Tafnes é uma cidade do Egito onde Jeremias recebeu a palavra do Senhor e foi mandado enterrar pedras grandes no barro, à entrada do palácio do faraó, diante dos homens de Judá (Jeremias 43:9).
30,86° N, 32,17° L
Citado em 7 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Monte Tabor
Hoje: Jebel et Tur
תָּבוֹרtavor
O Monte Tabor é o monte aonde Baraque subiu com dez mil homens de Naftali e Zebulom, por ordem do Senhor dada por Débora, e de onde desceu com eles no dia em que o Senhor entregou Sísera a Baraque (Juízes 4:14).
32,69° N, 35,39° L
Citado em 9 versículosTb.: Tabor
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Babilônia
Hoje: Al-Hillah (Babilônia), Iraque
בָּבֶ֫לbavelΒαβυλώνBabulōn
Babilônia é a cidade cujo rei foi a Jerusalém, tirou de lá o rei e os nobres e os levou consigo para a Babilônia (Ezequiel 17:12).
32,54° N, 44,42° L
Citado em 296 versículos
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Todos os capítulos de Yeremia 52
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.