4 Adakah engkau hadir ketika Aku mencipta dunia?
Jika engkau sangat pandai, jawablah.
5 Siapakah yang menentukan keluasan dunia?
Siapakah yang merentangkan tali ukur untuk mengukurnya?
Tahukah engkau jawapannya?
6 Apakah yang menyangga tiang-tiangtiang: Lihat 9.6. bumi?
Siapakah yang meletakkan batu penjuru dunia ini,
7 pada waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama,
dan makhluk-makhluk syurgamakhluk-makhluk syurga: Lihat 1.6. bersorak gembira?
8 Siapakah yang menutup pintu untuk membendung samuderamembendung samudera: Lihat 26.12.
ketika air memancar keluar dari rahim bumi?
9 Akulah yang meliputi laut dengan awan
dan menyelimutinya dengan kegelapan.
10 Aku menentukan sempadan samudera
dan dengan pintu berpalang Aku membendungnya.
11 Yer 5.22Aku memberitahunya, ‘Hingga di sini sahaja, dan tidak lebih jauh lagi!
Di sinilah ombakmu yang kuat mesti berhenti.’