Pular para o conteúdo
Publicidade

T. ESTER 4

Doa Mordekhai

1 Kemudian Mordekhai berdoa kepada Tuhan dengan mengingatkan segala perbuatan Tuhan pada zaman dahulu. 2 "Ya Tuhan, Tuhan Raja semesta alam, segala sesuatu ada dalam kekuasaan-Mu. Jika Engkau ingin menyelamatkan Israel, tak seorang pun dapat merintangi Engkau. 3 Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi dan segala yang mengagumkan di atas bumi. 4 Engkaulah Tuhan yang menguasai segala-galanya dan tak ada yang dapat menentang Engkau. 5 Engkau mengetahui segala sesuatu. Engkau tahu ya Tuhan, bahawa aku tak mahu sujud kepada Haman yang bongkak itu, bukan kerana aku sombong atau gila hormat. 6 Sekiranya hal itu memang perlu untuk keselamatan Israel, aku rela mencium telapak kakinya. Kel 3.67 Tapi aku tak berbuat demikian, bukan kerana aku bongkak, tapi kerana aku tak mahu menghormati manusia melebihi Allah. Aku tak mahu sujud kepada sesiapa pun selain Engkau, ya Tuhanku.

8 Oleh itu, ya Tuhan Allah, Raja dan Allah Abraham, sayangilah umat-Mu, kerana musuh ingin membinasakan kami dan mencari kesempatan untuk memusnahkan kami yang menjadi milik-Mu dari sediakala. 9 Janganlah tinggalkan umat-Mu yang Kauselamatkan dari negeri Mesir. 10 Dengarlah doaku dan kasihanilah umat-Mu. Ubahlah kesusahan kami menjadi kegembiraan, supaya kami tetap hidup dan menyanyikan pujian bagi-Mu, ya Tuhan. Janganlah Kaubiarkan binasa orang yang memuji Engkau."

11 Seluruh bangsa Israel memohon dengan sungguh-sungguh kerana mereka melihat bahawa maut sudah dekat.

Doa Permaisuri Ester

12 Permaisuri Ester yang dicekam oleh ketakutan akan maut, berlindung kepada Tuhan. 13 Baginda mengganti pakaian kebesaran baginda dengan pakaian perkabungan dan kesedihan. Ganti wangi-wangian, ditaburkan abu dan kotoran di atas kepala baginda. Baginda merendahkan diri dengan berpuasa. Rambut baginda dibiarkan kusut dan terurai. Baginda tidak lagi menunjukkan kegembiraan dengan perhiasan. 14 Lalu baginda berdoa kepada Tuhan, Allah Israel, "Ya Tuhanku, Raja kami, Engkaulah Yang Esa. Aku hanya sendirian; tak ada pertolongan bagiku selain Engkau. Maka tolonglah aku, 15 oleh sebab aku mempertaruhkan nyawaku. 16 Sejak kecil, kaum kerabatku memberitahu aku bahawa Engkau, Tuhan, memilih Israel daripada segala bangsa. Engkau memilih nenek moyang kami menjadi umat-Mu untuk selama-lamanya, dan Engkau telah menepati segala yang Kaujanjikan kepada mereka.

17 Tapi sekarang kami telah berdosa terhadap Engkau. Engkau menyerahkan kami kepada musuh-musuh kami 18 kerana kami menyembah tuhan-tuhan mereka. Memang Engkau adil, ya Tuhan. 19 Tapi musuh kami belum juga puas melihat kami diperhamba dengan kejam. Mereka bersumpah kepada berhala-berhala bahawa mereka Ydt 9.1320 akan menggagalkan perjanjian-Mu, melenyapkan milik-Mu, membinasakan bangsa yang memuji Engkau, dan menghancurkan kemuliaan Rumah serta mazbah-Mu. 21 Mereka mahu memaksa semua bangsa untuk memuji berhala-berhala yang tak berguna dan selama-lamanya menghormati raja yang fana.

22 Ya Tuhan, jangan serahkan kuasa-Mu kepada sesuatu yang tak ada sama sekali. Jangan biarkan musuh mentertawakan kami kerana kejatuhan kami. Sebaliknya, biarlah kejahatan yang dirancang mereka menimpa diri mereka sendiri. Lakukanlah hal itu terhadap orang yang mula-mula merancang untuk membinasakan kami, supaya itu menjadi contoh kepada yang lain. Dan 1.8;Ydt 12.2

23 Ingatlah kami ya Tuhan, dan datanglah kepada kami dalam kesengsaraan kami. Berikanlah keberanian kepadaku, ya Raja segala tuhan, Penguasa segala kuasa. 24 Tolonglah aku mengucapkan kata-kata yang indah kepada Ahasyweros, singa yang buas itu. Ubahlah hatinya sehingga membenci Haman, musuh kami, dan dia serta kawan-kawannya dibinasakan. 25 Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu, ya Tuhan. Tolonglah aku, oleh sebab aku hanya sendirian; tak ada pertolongan bagiku selain Engkau.

26 Engkau mengetahui segala-galanya, ya Tuhan. Engkau mengetahui bahawa aku benci akan penghormatan daripada orang yang tak kenal hukum, dan bahawa aku anggap terhina untuk tidur dengan orang asing yang tak bersunat itu. 27 Tapi Engkau tahu bahawa tak ada pilihan lain bagiku. Aku membenci mahkota yang kupakai sebagai permaisuri pada upacara-upacara rasmi. Aku hanya memakainya apabila terpaksa, kerana mahkota itu aku anggap hina seperti kain kotor. 28 Aku tak makan pada meja Haman dan tak menghargai perjamuan raja. Aku tak minum wain yang sudah dipersembahkan kepada dewa-dewa. 29 Sejak aku datang ke sini, tak ada yang menggembirakan hatiku selain menyembah Engkau, ya Tuhan, Allah Abraham. 30 Dengarlah doa umat-Mu yang putus asa, ya Allah Yang Maha Kuasa. Selamatkanlah kami daripada semua orang jahat itu dan bebaskanlah aku daripada ketakutan."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também