Pular para o conteúdo
Publicidade

T. ESTER 5

Permaisuri Ester Menghadap Raja

1 Tiga hari lamanya Permaisuri Ester berdoa. Lalu ditanggalkannya baju yang dipakai baginda selama itu, dan dikenakannya lagi pakaian kebesarannya. 2 Setelah berdandan dengan semarak, baginda berdoa lagi kepada Allah dan Penyelamat yang melihat segala-galanya. Lalu baginda meninggalkan bilik baginda, diiringi dua orang dayang; 3 seorang menopang lengannya, 4 dan seorang lagi berjalan di belakangnya untuk memegang hujung baju baginda.

5 Wajah Permaisuri Ester berseri-seri memancarkan kecantikannya. Baginda kelihatan gembira seperti seorang kekasih, padahal hatinya gempar ketakutan. 6 Semua pintu dilaluinya, lalu baginda berdiri di hadapan raja. Raja bersemayam di atas takhtanya dengan pakaian kebesaran yang gemerlapan, seluruhnya bertaburan emas dan permata. Baginda sangat menakjubkan, 7 dan wajah baginda memancarkan keagungan. Tetapi ketika baginda melihat Permaisuri Ester, muka baginda menjadi merah kerana murka. Permaisuri Ester menjadi lemas dan pucat, lalu jatuh pengsan. Kepala baginda terkulai pada bahu dayang-dayang yang berjalan di hadapannya. 8 Tetapi Allah mengubah hati raja, sehingga baginda menjadi lemah lembut. Dengan penuh rasa cemas baginda turun dari takhta dan mendakap Permaisuri Ester sehingga permaisuri itu dapat berdiri. Lalu raja menenangkan Permaisuri Ester dengan kata-kata yang ramah. 9 "Apa yang terjadi, Ester?" kata baginda. "Beta ini suamimu. Jangan takut! 10 Engkau tak akan mati. Peraturan itu hanya berlaku untuk orang biasa. 11 Mari!" 12 Lalu raja mengangkat tongkat emas baginda dan menyentuh leher Permaisuri Ester dengan tongkat itu. Baginda memeluk Permaisuri Ester dan berkata kepadanya, "Katakanlah apa yang kauinginkan."

13 Permaisuri Ester menjawab, "Ketika hamba melihat tuanku, hamba menyangka melihat malaikat Allah. Hamba terkejut kerana keagungan tuanku yang begitu menakutkan. 14 Tuanku sangat mempesonakan, dan wajah tuanku penuh kebaikan."

15 Sementara bertitah, Permaisuri Ester jatuh pengsan lagi. 16 Raja berasa cemas, dan semua pelayan baginda berusaha untuk menolong Permaisuri Ester.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também