Pular para o conteúdo
Publicidade

Lukas 23:26-43

Yesus Disalibkan

26 Askar-askar itu membawa Yesus pergi, lalu di tengah jalan mereka berjumpa dengan seorang bernama Simon, yang berasal dari Kirene. Dia sedang memasuki kota. Askar-askar itu menangkap dia, lalu memaksa dia memikul salib Yesus dan berjalan di belakang Yesus.

27 Banyak orang mengikut Yesus dan antara mereka ada beberapa orang wanita yang menangisi dan meratapi Yesus. 28 Yesus berpaling kepada mereka dan berkata, "Wanita-wanita Yerusalem, janganlah tangisi Aku. Tangisilah diri kamu sendiri dan anak-anak kamu. 29 Masanya akan tiba apabila orang berkata, ‘Alangkah bertuahnya wanita yang tidak pernah mengandung, yang tidak pernah melahirkan dan menyusukan bayi!’ 30 Hos 10.8;Why 6.16Itulah masanya apabila orang akan berkata kepada gunung, ‘Timpalah kami!’ dan kepada bukit, ‘Sembunyikanlah kami!’ 31 Jika demikian yang dilakukan mereka terhadap kayu yang masih hijau, apa pula yang akan dilakukan mereka terhadap kayu yang kering?"

32 Ada pula dua orang penjahat yang akan disalibkan bersama-sama Yesus. 33 Apabila tiba di tempat yang disebut "Tengkorak," mereka menyalibkan Yesus dan kedua-dua orang penjahat itu - seorang di sebelah kanan Yesus dan seorang lagi di sebelah kiri-Nya. 34 Mzm 22.18Yesus berkata, "Ya Bapa, ampunilah mereka! Mereka tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka."Dalam beberapa buah naskhah tidak terdapat ayat 34.

Pakaian Yesus dibahagi-bahagikan antara mereka sendiri dengan membuang undi. 35 Mzm 22.7Semua orang yang berdiri di situ memandang sahaja, tetapi para pemimpin orang Yahudi mengejek Dia dengan berkata, "Dia telah menyelamatkan orang lain. Jika dia benar-benar Penyelamat yang dipilih oleh Allah,Penyelamat yang dipilih oleh Allah; Harfiah: Kristus. biarlah dia menyelamatkan dirinya sendiri!"

36 Mzm 69.22Askar-askar juga mengejek dia. Mereka mendekati Yesus lalu memberikan wain masam kepada-Nya. 37 Mereka berkata, "Jika kamu raja orang Yahudi, selamatkanlah dirimu sendiri!"

38 Pada sebelah atas kayu salib Yesus, tertulis kata-kata: "Inilah Raja Orang Yahudi."

39 Salah seorang penjahat yang disalibkan di situ menghina Yesus. Dia berkata, "Bukankah kamu Penyelamat yang diutus oleh Allah? Selamatkanlah dirimu sendiri dan juga kami!"

40 Tetapi penjahat yang seorang lagi menegur dia dan berkata, "Tidakkah kamu takut akan Allah? Kita semua sudah dihukum mati. 41 Hukuman kita berdua memang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak bersalah!" 42 Lalu dia berkata kepada Yesus, "Ya Yesus, ingatlah akan saya, apabila Tuan menjadi Raja!"

43 Yesus berkata kepadanya, "Percayalah, pada hari ini kamu akan bersama-sama Aku di Firdaus."

Todos os capítulos de Lukas 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.