Pular para o conteúdo
Publicidade

Hosea 10

1 Orang seperti pokok anggur yang berbuah lebat. Semakin makmur mereka, semakin banyak mazbah yang didirikan mereka. Semakin banyak hasil bumi mereka, semakin indah pula tugu-tugu berhala yang dibuat mereka. 2 Hati mereka penuh dengan tipu daya dan sekarang mereka harus menderita akibat dosa mereka. Allah akan merobohkan mazbah-mazbah mereka dan memusnahkan tugu-tugu berhala mereka.

3 Tidak lama lagi mereka akan berkata, "Kita tidak mempunyai raja kerana kita tidak takut kepada TUHAN. Apa gunanya seorang raja bagi kita?" 4 Mereka hanya mengucapkan kata-kata kosong dan membuat janji palsu serta mengikat perjanjian yang tidak berguna. Keadilan telah diputarbalikkan sehingga ketidakadilan menjalar di seluruh negeri bagaikan tanaman beracun di ladang yang telah dibajak.

5 Penduduk kota akan takut dan berkabung kerana kehilangan lembu emas di Betel.Betel; atau Awen. Lihat 4.15. Mereka dan para imam yang mengabdikan diri kepada lembu emas akan menangis. Mereka akan meraung apabila kemuliaan patung berhala itu lenyap. 6 Berhala itu akan dibawa ke Asyur untuk dipersembahkan kepada raja yang agung. Israel akan dihina dan dipermalukan kerana nasihat yang telah diturutinya. 7 Raja akan binasa seperti potongan kayu yang dihanyutkan air. 8 Luk 23.30;Why 6.16 Tempat-tempat orang Israel menyembah berhala di puncak bukit di BetelBetel; atau Awen. Lihat 4.15. akan dimusnahkan. Semak berduri serta rumput akan meliputi mazbah-mazbah mereka. Lalu orang akan berseru kepada gunung-gunung, "Sembunyikanlah kami!" dan kepada bukit-bukit, "Timpalah kami!"

TUHAN Menjatuhkan Hukuman kepada Israel

9 Hak 19.1-30 TUHAN berfirman, "Orang Israel belum lagi berhenti berdosa terhadap Aku sejak mereka berdosa di Gibea.Gibea: Lihat 9.9. Oleh itu mereka akan ditimpa peperangan di Gibea. 10 Aku akan menyerangSebuah terjemahan kuno:Aku akan menyerang; Menurut naskhah Ibrani:Aku ingin. orang yang berdosa ini dan menghukum mereka. Bangsa-bangsa akan bersekutu untuk melawan mereka, dan mereka akan dihukum kerana dosa mereka yang banyak itu.

11 Dahulu Israel seperti lembu muda yang terlatih, dan sentiasa sedia mengirik gandum. Aku tidak perlu memasang kok pada tengkoknya yang elok itu. Tetapi sekarang Aku telah membuat keputusan untuk memaksanya bekerja berat. Aku menyuruh Yehuda membajak dan Israel menarik garu. 12 Yer 4.3 Aku berfirman, ‘Bukalah tanah baru untuk kamu sendiri, taburlah benih keadilan, dan tuailah berkat yang dihasilkan oleh kesungguhan cinta kamu kepada Aku. Sudah tiba masanya kamu kembali kepada-Ku, TUHAN kamu; Aku akan datang dan mencurahkan berkat kepada kamu.’ 13 Tetapi sebaliknya kamu menanam kejahatan dan menuai ketidakadilan. Kamu terpaksa makan hasil dusta kamu.

Oleh sebab kamu mengharapkan kereta kudaSebuah terjemahan kuno:kereta kuda; Naskhah Ibrani:cara. kamu, dan tentera kamu yang besar, 14 maka kamu akan ditimpa peperangan dan segala kubu kamu akan dimusnahkan. Keadaannya akan menjadi seperti hari Raja Salman memusnahkan kota Bet-Arbel dalam peperangan, dan membinasakan ibu-ibu bersama dengan anak-anak mereka. 15 Hal itu akan berlaku kepada kamu, hai penduduk , kerana kamu telah melakukan kejahatan yang besar. Sebaik sahaja peperangan bermula, raja Israel akan mati."

Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Betel
Hoje: Beitin (Betel)
בֵּֽיתְ־אֵלbet-el
Betel é a cidade antes chamada Luz, onde Deus se revelou a um homem que fugia do irmão e onde foi construído um altar; ali também foi posto um bezerro (Gênesis 35:7).
31,92° N, 35,24° L
Citado em 69 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Hosea 14
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.