Pular para o conteúdo
Publicidade

Hosea 8

TUHAN Menghukum Israel Kerana Mereka Menyembah Berhala

1 TUHAN berfirman, "Bunyikanlah tanda kecemasan! Musuh sedang menyerang negeri-Ku seperti burung helang menyambar mangsa. Umat-Ku telah memungkiri perjanjian-Ku dengan mereka, dan melanggar hukum-Ku. 2 Meskipun mereka mengakui Aku sebagai Allah, dan berkata bahawa mereka umat-Ku yang mengenal Aku, 3 namun mereka telah menolak perkara yang baik. Oleh itu musuh akan mengejar mereka.

4 Umat-Ku memilih raja-raja tanpa meminta pendapat-Ku. Mereka melantik pemimpin-pemimpin tanpa mendapat persetujuan-Ku. Mereka mengambil emas dan perak dan membuat patung-patung berhala yang mengakibatkan kebinasaan mereka. 5 Aku benci akan lembu emas yang disembah penduduk kota . Aku sangat murka kepada mereka. Sampai bilakah mereka akan terus menyembah berhala? 6 Seorang tukang di Israel membuat patung berhala; patung itu bukan Allah! Patung lembu emas yang disembah di itu akan dihancurkan. 7 Apabila umat-Ku menabur angin, mereka akan menuai ribut. Ladang gandum yang tidak menguning tidak akan menghasilkan makanan. Tetapi jika ladang itu menguning juga, orang bangsa asing akan menghabiskan gandumnya. 8 Orang Israel sudah menjadi seperti bangsa-bangsa lain dan tidak berguna lagi, seperti periuk yang pecah. 9 Orang Israel degil seperti keldai liar, mereka menurut kemahuan mereka sendiri. Mereka minta pertolongan daripada Asyur. Israel telah membayar negeri-negeri lain untuk mendapat perlindungan. 10 Tetapi sekarang Aku akan mengumpulkan mereka dan menghukum mereka. Tidak lama lagi mereka akan menderita apabila raja Asyur menindas mereka.

11 Semakin banyak mazbah yang didirikan orang Israel untuk menghapuskan dosa, semakin banyak pula tempat untuk mereka berdosa. 12 Aku telah menulis banyak ajaran untuk mereka, tetapi mereka menolak semuanya kerana menganggap ajaran itu aneh dan asing. 13 Mereka suka mempersembahkan korban kepada-Ku, dan makan daging korban itu. Tetapi Aku, TUHAN, tidak berkenan kepada mereka. Sekarang Aku akan mengingat dosa mereka, dan menghukum mereka kerana dosa-dosa itu. Aku akan mengirim mereka semula ke Mesir.

14 Orang mendirikan istana-istana, tetapi mereka lupa akan Pencipta mereka. Orang Yehuda mendirikan kota-kota berkubu, tetapi Aku akan menurunkan api untuk membakar habis kota dan istana mereka."

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Todos os capítulos de Hosea 14
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.