Pular para o conteúdo
Publicidade

Hosea 5

1 Hai kamu imam-imam, dengarlah! Hai umat , perhatikanlah baik-baik! Hai kamu anggota kerabat diraja, dengarlah! Kamulah yang seharusnya menghakimi dengan adil, tetapi kamu sendiri akan diadili! Kamu telah menjadi seperti perangkap di Mizpa, seperti jaring yang di pasang di Gunung , 2 dan seperti lubang yang dalam di . Oleh itu Aku akan menghukum kamu semua. 3 Aku tahu tentang dirimu, hai Israel. Kamu tidak dapat bersembunyi daripada-Ku. Kamu tidak setia kepada-Ku, dan orangmu tidak layak menyembah Aku."

Hosea Memberikan Amaran tentang Penyembahan Berhala

4 Kejahatan yang dilakukan oleh umat Israel menghalangi mereka kembali kepada Allah. Mereka sudah dicengkam oleh penyembahan berhala, sehingga mereka tidak lagi mengakui TUHAN. 5 Kesombongan umat Israel sangat ketara dan menjadi bukti kesalahan mereka. Dosa mereka menyebabkan mereka tersandung lalu jatuh, dan suku Yehuda pun jatuh bersama-sama mereka. 6 Mereka mencari TUHAN dengan membawa domba dan lembu sebagai korban, tetapi perbuatan itu tidak berguna. Mereka tidak akan menemukan TUHAN, sebab Dia telah meninggalkan mereka. 7 Mereka tidak setia kepada TUHAN; anak-anak mereka bukan anak-anak-Nya. Oleh itu, tidak lama lagi mereka dan tanah mereka akan dibinasakan.

Peperangan antara Yehuda dan Israel

8 Tiuplah trompet di Gibea! Bunyikanlah tanda panggilan untuk berperang di ! Teriakkanlah pekik peperangan di Betel!Betel: Lihat 4.15. Majulah berperang hai kaum Benyamin! 9 Israel akan binasa pada hari hukuman kelak. Dengarlah, hai orang Israel, perkara ini pasti akan berlaku!

10 TUHAN berfirman, "Aku murka kerana pemimpin-pemimpin Yehuda telah menyerang Israel dan merampas tanahnya. Oleh itu, Aku akan menimpakan hukuman kepada mereka seperti air bah. 11 Sekarang Israel ditindas. Dia kehilangan tanah miliknya kerana dia degil dan minta tolong daripada orang yang tidak dapat menolongnya. 12 Oleh itu Aku akan menghancurkan Israel, dan membinasakan suku Yehuda.

13 Apabila Israel dan Yehuda menyedari keadaan mereka yang buruk, Israel akan pergi ke negeri Asyur untuk minta tolong daripada raja yang agung, tetapi raja itu tidak dapat menolong atau memperbaiki keadaan mereka. 14 Seperti seekor singa, Aku akan menyerang suku Israel dan suku Yehuda. Aku sendiri akan mencabik-cabik mereka lalu meninggalkan mereka. Aku akan menyeret mereka, dan tidak seorang pun dapat menyelamatkan mereka.

15 Aku akan meninggalkan umat-Ku sehingga mereka cukup menderita kerana dosa mereka, lalu mereka datang mencari Aku. Mungkin dalam penderitaan, mereka akan berusaha untuk mencari Aku."

Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Monte Tabor
Hoje: Jebel et Tur
תָּבוֹרtavor
O Monte Tabor é o monte aonde Baraque subiu com dez mil homens de Naftali e Zebulom, por ordem do Senhor dada por Débora, e de onde desceu com eles no dia em que o Senhor entregou Sísera a Baraque (Juízes 4:14).
32,69° N, 35,39° L
Citado em 9 versículosTb.: Tabor
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Sitim
Hoje: Tall el Hammam
שִׁטִּיםshittim
Sitim é o lugar onde Israel ficou e o povo começou a se prostituir com mulheres moabitas; de lá Josué enviou dois espias a Jericó, e depois todo o Israel partiu para o Jordão (Josué 3:1).
31,84° N, 35,67° L
Citado em 5 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ramá
Hoje: Al Ram
רָמָהramahῬαμᾶRhama
Ramá foi o lugar que Baasa, rei de Israel, fortificou para que ninguém entrasse nem saísse do território de Asa, rei de Judá; Asa levou dali as pedras e a madeira e edificou Geba e Mispá (1 Reis 15:22).
31,85° N, 35,23° L
Citado em 16 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Hosea 14
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.