Pular para o conteúdo
Publicidade

Lukas 3

Perkhabaran Yohanes Pembaptis

(Mat 3.1-12; Mrk 1.1-8; Yoh 1.19-28)

1 Pada tahun kelima belas pemerintahan Kaisar Tiberius, Pontius Pilatus ialah gabenor negeri Yudea dan Herodes memerintah negeri . Filipus, saudara Herodes, menguasai kawasan Iturea dan Trakhonitis; dan Lisanias memerintah di Abilene. 2 Pada masa itu, Hanas dan Kayafas menjabat kedudukan Imam Agung. Itulah masanya Allah berfirman kepada Yohanes anak Zakharia di padang gurun. 3 Lalu Yohanes menjelajah seluruh kawasan Sungai Yordan dan mengisytiharkan berita daripada Allah. Yohanes berseru, "Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hendaklah kamu dibaptis, supaya Allah mengampunkan dosa kamu." 4 Seperti yang tertulis di dalam kitab Nabi Yesaya,

"Seorang berseru di padang gurun,

‘Sediakanlah jalan untuk Tuhan,

luruskanlah jalan bagi-Nya!

5 Tiap-tiap lembah hendaklah ditimbus,

tiap-tiap gunung dan bukit diratakan.

Jalan yang berliku-liku hendaklah diluruskan,

dan jalan yang lekak-lekuk diratakan.

6 Yes 40.3-5 Lalu setiap orang akan melihat

Allah menyelamatkan manusia!’ "

7 Mat 12.34,23.33 Banyak orang datang kepada Yohanes supaya dibaptis olehnya. "Kamu orang jahat!" kata Yohanes kepada mereka. "Siapakah yang memberitahu kamu bahawa kamu dapat melepaskan diri daripada hukuman Allah yang akan datang? 8 Yoh 8.33 Lakukanlah perkara-perkara yang menunjukkan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa! Janganlah mula berkata sesama sendiri, ‘ nenek moyang kami.’ Ketahuilah, Allah dapat membuat batu-batu ini menjadi keturunan untuk ! 9 Mat 7.19 Lihatlah, kapak sudah tersedia untuk menebang pokok sehingga ke akarnya. Tiap-tiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebang lalu dibuang ke dalam api."

10 Orang ramai bertanya kepada Yohanes, "Apakah yang harus kami lakukan?"

11 Yohanes menjawab, "Sesiapa yang mempunyai dua helai baju, harus memberikan sehelai kepada orang yang tidak mempunyai baju; dan sesiapa yang mempunyai makanan, harus berkongsi makanan dengan yang berkekurangan."

12 Luk 7.29 Beberapa orang pemungut cukai datang dan minta dibaptis. Mereka bertanya kepada Yohanes, "Guru, apakah yang harus kami lakukan?" 13 Yohanes berkata, "Janganlah minta lebih daripada apa yang telah ditetapkan."

14 Askar-askar juga bertanya kepadanya, "Bagaimana dengan kami? Apakah yang harus kami lakukan?"

Yohanes menjawab, "Janganlah peras duit daripada sesiapa pun, dan jangan rampas wang dengan mengajukan tuduhan palsu. Berpuas hatilah dengan gaji kamu!"

15 Harapan orang ramai mula timbul. Mereka tertanya-tanya sama ada Yohanes itu Penyelamat yang diutus oleh Allah. 16 Yohanes berkata kepada mereka, "Aku membaptis kamu dengan air, tetapi Dia yang lebih besar daripadaku akan datang. Aku pun tidak layak mengurai tali kasut-Nya. Dia akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api. 17 Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi Dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat padam!"

18 Demikianlah Yohanes menasihati orang dengan berbagai-bagai cara, pada waktu dia mengisytiharkan Berita Baik. 19 Tetapi Yohanes menegur Gabenor Herodes tentang perkahwinannya dengan Herodias, isteri saudaranya, dan tentang semua kejahatan lain yang telah dilakukannya. 20 Mat 14.3-4;Mrk 6.17-18 Kemudian Herodes melakukan perbuatan yang lebih jahat lagi; dia memenjarakan Yohanes.

Yesus Dibaptis

Matius 3:13-17; Markus 1:9-11

21 Setelah semua orang itu dibaptis, Yesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, 22 Kej 22.2;Mzm 2.7;Yes 42.1;Mat 3.17;Mrk 1.11;Luk 9.35 dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu terdengar suara dari syurga mengatakan, "Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku."

Senarai Nenek Moyang Yesus

Matius 1:1-17

23 Ketika Yesus memulakan pelayanan-Nya, Dia berumur kira-kira tiga puluh tahun. Menurut pendapat orang, Dia anak Yusuf anak Eli, 24 anak Matat, anak Lewi, anak Malkhi, anak Yanai, anak Yusuf, 25 anak Matica, anak Amos, anak Nahum, anak Hesli, anak Nagai, 26 anak Maat, anak Matica, anak Simei, anak Yosekh, anak Yoda, 27 anak Yohanan, anak Resa, anak Zerubabel, anak Sealtiel, anak Neri, 28 anak Malkhi, anak Adi, anak Kosam, anak Elmadam, anak Er, 29 anak Yosua, anak Eliezer, anak Yorim, anak Matat, anak Lewi, 30 anak Simeon, anak Yehuda, anak Yusuf, anak Yonam, anak Eliakim, 31 anak Melea, anak Mina, anak Matata, anak Natan, anak Daud, 32 anak , anak Obed, anak Boas, anak , anak Nahason, 33 anak , anak Admin, anak Arni, anak , anak Peres, anak Yehuda, 34 anak Yakub, anak Ishak, anak , anak , anak Nahor, 35 anak Serug, anak Rehu, anak Peleg, anak , anak Selah, 36 anak Kenan, anak Arpakhsad, anak , anak Nuh, anak Lamekh, 37 anak Metuselah, anak Henokh, anak Yared, anak Mahalaleel, anak Kenan, 38 anak Enos, anak Set, anak , anak Allah.

Lugar Bíblico
Região / Território
Galileia
Hoje: Galileia (Norte de Israel)
ΓαλιλαίαGalilaiaגָּלִילgalil
A Galileia é a terra de Nazaré e de Caná, de onde Jesus veio para ser batizado por João no Jordão e de onde o seguiram multidões e mulheres (Marcos 1:9).
32,76° N, 35,53° L
Citado em 78 versículosTb.: Galiléia
Ver página completa
Pessoa
H85
Abraão
ΑβρααμAbraamאַבְרָהָ֔םavəraham
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Significado: “Pai de uma multidão”
Ver página completa
Pessoa
H85
Abraão
ΑβρααμAbraamאַבְרָהָ֔םavəraham
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Significado: “Pai de uma multidão”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Judá
Jessé
ΙεσσαιIessaíיִשַׁיyishai
Jessé, belemita, neto de Boaz e Rute, foi o pai do rei Davi, o mais novo dos seus oito filhos (1 Samuel 16:1).
Citado em 33 versículos
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Judá
Salmom
שַׂלְמָֽהsaləmon
Salmom foi filho de Naassom e pai de Boaz, cuja mãe foi Raabe; Boaz foi pai de Obede, e Obede, pai de Jessé (Mateus 1:5).
Significado: “Pequena faísca”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Judá
Aminadabe
ΑμιναδαβAminadabעַמִּינָדָבamiynadav
Aminadabe, da tribo de Judá, foi pai de Naassom, chefe da tribo no deserto, e de Eliseba, mulher de Arão, e está na genealogia de Davi (Rute 4:20).
Significado: “Meu povo é generoso”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Judá
Hezrom
חֶצְר֥וֹןchetsəron
Hezrom foi filho de Perez, neto de Judá, e pai de Jerameel, Rão e Calebe. Aos sessenta anos tomou por mulher a filha de Maquir, que lhe deu Segube, e morreu em Calebe-Efrata (1 Crônicas 2:21).
Significado: “Recinto”
Ver página completa
Pessoa
H85
Abraão
ΑβρααμAbraamאַבְרָהָ֔םavəraham
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Significado: “Pai de uma multidão”
Ver página completa
Pessoa
H8646
Terá
ΘαραTHaraתֶּרַחterach
Terá, filho de Naor, saiu de Ur dos caldeus com o filho Abrão, o neto Ló e a nora Sarai rumo a Canaã e morreu em Harã (Gênesis 11:31).
Citado em 10 versículos
Ver página completa
Pessoa
H5677
Héber
ΕβερEberעֵבֶרever
Héber, filho de Selá e bisneto de Sem, foi pai de Pelegue e Joctã e antepassado de Abraão (Gênesis 10:25).
Citado em 11 versículos
Ver página completa
Pessoa
H8035
Sem
ΣημSemשֵׁ֖םshem
Sem, filho de Noé, entrou na arca com o pai e os irmãos e foi antepassado de Abraão (Gênesis 11:10).
Significado: “Nome, fama”
Ver página completa
Pessoa
H121
Adão
ἈδάμAdamאָדָםadam
Adão, o primeiro homem, foi formado por Deus do pó da terra e posto no jardim do Éden; desobedeceu com Eva e foi expulso do jardim (Gênesis 3:17).
Significado: “Homem, da terra vermelha”
Ver página completa
Todos os capítulos de Lukas 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.