Yesus Mengutuk Pokok Ara
12 Esoknya, ketika mereka balik dari Betania, Yesus lapar. 13 Dari jauh Dia nampak sebatang pokok ara yang lebat daunnya. Yesus mendekati pokok itu untuk melihat sama ada pokok itu berbuah. Tetapi apabila Dia tiba di pokok itu, Dia mendapati daun-daun sahaja, kerana pada masa itu belum musim buah ara. 14 Yesus berkata kepada pokok ara itu, "Tiada sesiapa pun akan makan buah ara daripadamu lagi!"
Pengikut-pengikut-Nya mendengar kata-kata Yesus itu.