Pular para o conteúdo
Publicidade

Matius 10

Dua Belas Orang Rasul

Markus 3:13-19; Lukas 6:12-16

1 Yesus memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu memberikan kuasa kepada mereka untuk mengusir roh jahat dan menyembuhkan segala macam penyakit. 2 Inilah nama dua belas orang rasul itu: (yang disebut Petrus) dan saudaranya, Andreas; Yakobus dan saudaranya, Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; 3 Filipus dan Bartolomeus; Tomas dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus dan Tadius; 4 Simon, Si Patriot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.

Tugas Rasul-Rasul

Markus 6:7-13; Lukas 9:1-6

5 Yesus mengutus dua belas orang rasul itu dengan petunjuk seperti berikut, "Janganlah pergi ke daerah orang bukan Yahudi atau bandar orang Samaria. 6 Pergilah kepada orang , yang seperti domba yang sesat. 7 Luk 10.4-12 Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’ 8 Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran! 9 Janganlah bawa wang emas, perak, ataupun tembaga. 10 1 Kor 9.14;1 Tim 5.18 Janganlah bawa beg sedekah, atau baju ganti, atau kasut, atau tongkat dalam perjalanan kamu. Seorang pekerja layak menerima apa yang diperlukannya.

11 Apabila kamu tiba di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambut kamu. Tinggallah dengan dia sehingga kamu meninggalkan tempat itu. 12 Apabila kamu masuk ke rumah orang, berikanlah salam. 13 Jika orang di rumah itu menyambut kamu, biarlah salam sejahtera kamu itu tinggal dengan mereka. Tetapi jika tidak, tariklah balik salam kamu itu. 14 Kis 13.51 Jika ada rumah atau bandar yang tidak mahu menyambut atau mendengarkan kata-kata kamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu.kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu: Perbuatan itu suatu amaran.15 Mat 11.24;Kej 19.24-28 Ingatlah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani penduduk dan Gomora, daripada penduduk bandar itu!"

Penganiayaan yang akan Datang

Markus 13:9-13; Lukas 21:12-17

16 Luk 10.3 "Dengarlah! Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Kamu harus waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati. 17 Berjaga-jagalah, kerana ada orang yang akan menangkap kamu dan membawa kamu ke mahkamah, dan kamu akan disesah di rumah ibadat mereka. 18 Kamu akan diadili di hadapan penguasa dan raja kerana kamu pengikut-Ku, dan kamu akan mengkhabarkan Berita Baik daripada Allah kepada mereka dan kepada bangsa yang tidak mengenal Allah. 19 Apabila kamu diadili, janganlah khuatir tentang apa yang hendak kamu katakan atau bagaimana kamu harus mengatakannya. Apabila tiba masanya, kamu akan diberitahu apa yang harus kamu katakan. 20 Mrk 13.9-11;Luk 12.11-12,21.12-15 Kata-kata yang akan kamu ucapkan itu bukan kata-kata kamu sendiri, tetapi kata-kata itu daripada Roh Bapa kamu yang berkata-kata melalui kamu.

21 Mrk 13.12;Luk 21.16 Orang akan mengkhianati saudara sendiri supaya dibunuh; bapa pun akan berbuat demikian terhadap anak-anak. Anak-anak akan melawan ibu bapa, lalu menyerahkan mereka supaya dibunuh. 22 Mat 24.9,13;Mrk 13.13;Luk 21.17 Tiap-tiap orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku. Tetapi sesiapa bertahan sehingga akhir akan diselamatkan. 23 Apabila kamu dianiaya di suatu bandar, larilah ke bandar lain. Ketahuilah bahawa Anak Manusia akan datang, sebelum kamu dapat menyampaikan ajaran-Ku di semua bandar di Israel.

24 Luk 6.40;Yoh 13.16,15.20 Tidak ada murid yang lebih besar daripada gurunya, dan tidak ada hamba yang lebih besar daripada tuannya. 25 Mat 9.34,12.24;Mrk 3.22;Luk 11.15 Seorang murid haruslah puas hati menjadi seperti gurunya, dan seorang hamba haruslah puas hati menjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga diberikan nama Beelzebul, tentu anggota keluarganya akan diberikan nama yang lebih buruk lagi!"

Takutlah akan Allah

Lukas 12:2-7

26 Mrk 4.22;Luk 8.17 "Janganlah takut akan manusia. Apa yang tersembunyi akan dinyatakan, dan tiap-tiap rahsia akan didedahkan. 27 Apa yang Aku katakan kepada kamu secara sulit, hendaklah kamu ulangi di hadapan orang ramai. Apa yang dibisikkan di telinga kamu, umumkanlah seluas-luasnya! 28 Janganlah takut akan mereka yang membunuh badan, tetapi tidak berkuasa membinasakan roh. Tetapi takutlah akan Allah yang berkuasa membinasakan baik badan mahupun roh di dalam neraka. 29 Kamu dapat membeli dua ekor burung pipit dengan mata wang yang paling kecil. Meskipun demikian tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpa persetujuan Bapa kamu. 30 Rambut di kepala kamu pun sudah dihitung semuanya. 31 Oleh itu, janganlah takut! Di sisi Allah, kamu lebih berharga daripada banyak burung pipit!"

Mengaku atau Menyangkal Kristus

Lukas 12:8,9

32 "Sesiapa mengaku dirinya pengikut-Ku di hadapan umum, Aku pun akan mengakui dia di hadirat Bapa-Ku di syurga. 33 2 Tim 2.12 Tetapi sesiapa menyangkal Aku di hadapan umum, Aku pun akan menyangkal dia di hadirat Bapa-Ku di syurga."

Bukan Kedamaian, tetapi Pertentangan

(Luk 12.51-53, 14.26-27)

34 "Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini. Aku tidak membawa kedamaian, tetapi pertentangan. 35 Aku datang untuk menyebabkan anak lelaki melawan bapa mereka, anak perempuan melawan ibu mereka, dan menantu perempuan melawan ibu mentua mereka. 36 Mi 7.6 Demikianlah, musuh terbesar seseorang ialah anggota keluarganya sendiri.

37 Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Demikian juga sesiapa yang lebih mengasihi anak lelaki atau anak perempuannya daripada Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. 38 Mat 16.24;Mrk 8.34;Luk 9.23 Sesiapa yang tidak mahu memikul salibnya dan mengikut Aku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. 39 Mat 16.25;Mrk 8.35;Luk 9.24,17.33;Yoh 12.25 Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup sejati, tetapi sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati."

Pahala untuk Orang yang Menyambut Pengikut Yesus

Markus 9:41

40 Mrk 9.37;Luk 9.48,10.16;Yoh 13.20 "Sesiapa yang menyambut kamu, menyambut Aku juga; dan sesiapa yang menyambut Aku, menyambut Dia yang mengutus Aku. 41 Sesiapa yang menyambut seorang pesuruh Allah kerana dia pesuruh Allah, akan menerima pahala seorang pesuruh Allah. Sesiapa yang menyambut seorang baik kerana orang itu baik, akan menerima pahala seorang baik. 42 Ingatlah! Sesiapa yang memberikan minuman walaupun hanya air sejuk kepada salah seorang pengikut-Ku yang paling hina kerana dia pengikut-Ku, akan menerima pahalanya."

Pessoa
G4074
Pedro
ΠέτροςPétrosכֵּיפָאkeyfa
Pedro, chamado Simão, pescador da Galileia, foi um dos doze apóstolos; confessou Jesus como o Cristo, negou-o três vezes e depois pregou no Pentecostes (Mateus 16:16).
Significado: “Pedra, rocha”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
ΙακωβIakobיַעֲקֹ֑בyaaqov
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Sodoma
Hoje: Sul da península de Lisan (Mar Morto)
ΣόδομαSodomaסְדֹםsedom
Sodoma foi uma cidade da planície onde morou Ló, sobrinho de Abrão. O pecado da cidade era grave, e Deus a destruiu junto com Gomorra (Gênesis 19:28).
31,21° N, 35,45° L
Citado em 50 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Matius 28
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.