Pular para o conteúdo
Publicidade

Matius 2

Pelawat-Pelawat dari Timur

1 Yesus lahir di kota Betlehem di negeri Yudea, pada masa pemerintahan Raja Herodes. Kemudian beberapa orang ahli kaji bintang dari timur datang ke Yerusalem. 2 Mereka bertanya, "Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia."

3 Apabila mendengar hal itu, Raja Herodes resah gelisah, demikian juga semua penduduk Yerusalem. 4 Raja Herodes mengumpulkan semua ketua imam dan guru Taurat lalu bertanya, "Di manakah Raja yang dijanjikan oleh AllahRaja yang dijanjikan oleh Allah; Harfiah: Kristus. akan lahir?"

5 Mereka menjawab, "Di kota Betlehem di negeri Yudea. Seorang nabi sudah menuliskan hal itu,

6 Mi 5.1 ‘Hai Betlehem di negeri Yudea,

engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil antara kota-kota utama di Yudea;

Daripadamu akan datang seorang pemimpin

yang akan memimpin umat-Ku Israel.’ "

7 Kemudian Raja Herodes mengadakan pertemuan rahsia dengan ahli-ahli kaji bintang itu. Daripada mereka, Raja Herodes mengetahui dengan tepat masa bintang itu mula kelihatan. 8 Lalu Raja Herodes menyuruh ahli-ahli kaji bintang itu pergi ke Betlehem dengan perintah berikut, "Pergilah dan carilah Anak itu dengan saksama. Apabila kamu menjumpai Dia, beritahulah beta, supaya beta juga boleh pergi menyembah Dia."

9,10 Mereka berangkat, lalu di tengah perjalanan mereka nampak bintang yang pernah dilihat oleh mereka di sebelah timur. Alangkah sukacitanya ahli-ahli kaji bintang itu apabila mereka nampak bintang itu. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu. 11 Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya . Mereka sujud menyembah Anak itu, dan mereka mengeluarkan emas, kemenyan dan mur, lalu mempersembahkan semua hadiah itu kepada-Nya.

12 Kemudian dalam mimpi, ahli-ahli kaji bintang itu diperingatkan oleh Allah supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu mereka balik ke negeri asal mereka melalui jalan lain.

Melarikan Diri ke Mesir

13 Setelah mereka berangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri kepada Yusuf dalam mimpi dan berkata, "Herodes akan mengeluarkan perintah untuk mencari Anak itu dan membunuh Dia. Bangunlah dan bawalah Anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir. Tinggallah di sana sehingga Aku berfirman lagi kepadamu."

14 Yusuf bangun, dan pada malam itu juga dia membawa Anak itu dengan ibu-Nya ke Mesir. 15 Hos 11.1 Mereka tinggal di sana sehingga Raja Herodes mangkat.

Dengan demikian berlakulah apa yang difirmankan oleh Tuhan melalui nabi-Nya, "Aku memanggil Anak-Ku keluar dari Mesir."

Pembunuhan Kanak-Kanak

16 Apabila Raja Herodes sedar bahawa ahli-ahli kaji bintang dari timur sudah memperdayakannya, Raja Herodes murka. Lalu Raja Herodes memberikan perintah supaya semua anak lelaki di Betlehem dan sekitarnya, yang berumur dua tahun ke bawah dibunuh. Hal ini sesuai dengan keterangan ahli-ahli kaji bintang tentang masa bintang itu mula kelihatan.

17 Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh Nabi Yeremia,

18 Yer 31.15 "Di terdengar suara tangisan dan rintihan,

ratapan, dan tangisan penderitaan.

meratapi anak-anaknya,

dia tidak mahu dihiburkan,

kerana anak-anaknya telah tiada."

Kembali dari Mesir

19 Setelah Raja Herodes mangkat, malaikat Tuhan menampakkan diri dalam mimpi Yusuf. Pada masa itu Yusuf masih di Mesir. 20 Malaikat itu berkata, "Bangunlah dan bawalah Anak itu dengan ibu-Nya kembali ke negeri Israel, kerana orang yang cuba membunuh Anak itu sudah meninggal." 21 Yusuf pun bangun, lalu membawa anak itu dan Maria kembali ke negeri Israel.

22 Tetapi apabila Yusuf mendengar bahawa Arkelaus, putera Herodes, sudah menggantikan bapanya sebagai raja negeri Yudea, Yusuf takut pergi ke sana. Yusuf menerima arahan selanjutnya dalam mimpi, lalu dia pergi ke wilayah . 23 Mrk 1.24;Luk 2.39;Yoh 1.45 Dia tinggal di kota yang bernama Nasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan oleh nabi-nabi tentang anak itu, "Dia akan disebut Orang Nasaret."

Pessoa
G3137
Maria
ΜαρίαMariaמִרְיָםmirəyam
Maria, virgem de Nazaré prometida em casamento a José, foi a mãe de Jesus, que concebeu pelo Espírito Santo, e esteve junto à cruz do filho (Lucas 1:27).
Significado: “Amada, senhora”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Ramá
Hoje: Al Ram
ῬαμᾶRhamaרָמָהramah
Ramá foi o lugar que Baasa, rei de Israel, fortificou para que ninguém entrasse nem saísse do território de Asa, rei de Judá; Asa levou dali as pedras e a madeira e edificou Geba e Mispá (1 Reis 15:22).
31,85° N, 35,23° L
Citado em 16 versículos
Ver página completa
Pessoa
H7354
Raquel
רָחֵלrachel
Raquel, a esposa que Jacó amava e por quem serviu catorze anos a Labão, foi mãe de José e de Benjamim e morreu no parto do segundo (Gênesis 29:18).
Significado: “Ovelha”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Galileia
Hoje: Galileia (Norte de Israel)
ΓαλιλαίαGalilaiaגָּלִילgalil
A Galileia é a terra de Nazaré e de Caná, de onde Jesus veio para ser batizado por João no Jordão e de onde o seguiram multidões e mulheres (Marcos 1:9).
32,76° N, 35,53° L
Citado em 78 versículosTb.: Galiléia
Ver página completa
Todos os capítulos de Matius 28
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.