Yesus Dipermuliakan
1 2 Ptr 1.17-18Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudaranya pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. 2 Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. 3 Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus. 4 Petrus berkata kepada Yesus, "Tuhan, sungguh baik kami di sini. Jika Tuhan mahu, aku akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Tuhan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia."
5 Kej 22.2;Ul 18.15;Mzm 2.7;Yes 42.1;Mat 3.17,12.18;Mrk 1.11;Luk 3.22Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar meliputi mereka, dan terdengar suara dari awan berkata, "Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!"
6 Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar suara itu, mereka sangat ketakutan dan meniarap di tanah. 7 Tetapi Yesus datang dan menyentuh mereka. "Bangunlah," kata-Nya, "janganlah takut!" 8 Apabila mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun, kecuali Yesus.
9 Semasa mereka turun dari gunung itu, Yesus memerintah mereka, "Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu lihat, selagi Anak Manusia belum dibangkitkan daripada kematian."
10 Mal 4.5Pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus, "Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?"
11 Yesus menjawab, "Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya. 12 Mat 11.14Tetapi Aku berkata kepada kamu, Elia sudah datang namun orang tidak mengenal dia; mereka memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Dengan cara yang sama mereka akan memperlakukan Anak Manusia."
13 Barulah pengikut Yesus mengerti bahawa Yesus berkata-kata tentang Yohanes Pembaptis.