Pular para o conteúdo
Publicidade

Matius 17

Pembayaran Cukai Rumah Tuhan

24 Kel 30.13,38.26Apabila Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tiba di Kapernaum, para pemungut cukai Rumah Tuhan datang kepada Petrus dan bertanya, "Adakah guru kamu membayar cukai Rumah Tuhan?"

25 Petrus menjawab, "Tentu sahaja!"

Apabila Petrus masuk ke dalam rumah, dan sebelum dia berkata apa-apa, Yesus berkata kepadanya, "Simon, apa pendapatmu? Siapakah yang membayar cukai kepada raja-raja dunia ini? Rakyat atau orang asing?"Membayar cukai: Pada zaman itu raja-raja biasanya memerintah orang yang telah ditaklukkan untuk membayar cukai, tetapi rakyat sendiri tidak perlu membayar cukai.

26 "Orang asing," jawab Petrus.

"Jika demikian," kata Yesus, "rakyat tidak perlu membayar. 27 Tetapi janganlah kita singgung perasaan sesiapa pun. Pergilah ke tasik dan pancinglah ikan. Di dalam mulut ikan pertama yang engkau tangkap, engkau akan mendapati sekeping duit syiling yang cukup untuk membayar cukai Rumah Tuhan bagi kita berdua. Ambillah duit itu dan bayarlah cukai kita."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também