Yesus Mengajar, Berkhutbah, dan Menyembuhkan Orang
23 Mat 9.35;Mrk 1.39Yesus menjelajah seluruh negeri Galilea. Dia mengajar di rumah ibadat dan mengkhabarkan Berita Baik bahawa tidak lama lagi Allah akan memerintah.mengkhabarkan Berita Baik bahawa...Allah akan memerintah: Harfiah: memberitakan Injil Kerajaan Allah. Dia menyembuhkan banyak orang sakit yang menderita berbagai-bagai penyakit. 24 Berita tentang Yesus tersebar di seluruh negeri Siria, sehingga mereka yang menderita berbagai-bagai penyakit dan kesusahan dibawa kepada-Nya. Lalu Yesus menyembuhkan semua orang yang dirasuk roh jahat, yang sakit gila babi, dan yang lumpuh. Mereka semua disembuhkan oleh Yesus. 25 Orang yang mengikut Yesus banyak sekali. Mereka dari Galilea, dari Sepuluh Kota, dari Yerusalem, dari Yudea, dan dari negeri di seberang Yordan.