Yesus Menyembuhkan Seorang Bisu
32 Apabila kedua-dua orang itu pergi, beberapa orang membawa seorang bisu kepada Yesus. Orang itu bisu kerana dirasuk roh jahat. 33 Sebaik sahaja roh jahat itu diusir oleh Yesus, orang itu mula bercakap. Semua orang hairan melihat hal itu. Mereka berkata, "Belum pernah kami saksikan peristiwa serupa ini di Israel!"