6 Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut. 7 Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa, 8 tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan. 9 Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun? 10 Dia berkata, "Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar." 11 Ams 24.33-34Tetapi sementara dia tidur, dia akan ditimpa kemiskinan yang datang seperti perompak yang bersenjata.
Publicidade