5 Kemudian TUHAN turun untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh manusia. 6 Dia berfirman, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan hal ini baru permulaan rancangan mereka. Tidak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka. 7 Marilah Kita turun dan kacau bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain." 8 Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu. 9 Kota itu dinamakan BabelBabel: Dalam bahasa Ibrani, perkataan ini bunyinya seperti perkataan yang bermakna "kacau-bilau". kerana di situlah TUHAN mengacau bahasa manusia, dan dari situlah TUHAN mencerai-beraikan manusia ke seluruh bumi.
Publicidade