6 Aku menjawab, "Ya TUHAN Raja, aku tidak pandai bercakap kerana aku masih terlalu muda."
7 Tetapi TUHAN menjawab, "Jangan berkata bahawa engkau masih terlalu muda. Pergilah kepada orang yang Kusuruh engkau pergi, dan beritahulah mereka segala sesuatu yang Kuperintahkan kepadamu. 8 Jangan takut terhadap mereka kerana Aku akan menyertai engkau untuk melindungimu. Aku, TUHAN telah berfirman!"