Pular para o conteúdo
Publicidade

YEREMIA 45

Janji Allah kepada Barukh

1 2 Raj 24.1;2 Taw 36.5-7;Dan 1.1-2 Pada tahun keempat pemerintahan Raja Yoyakim putera Raja Yosia sebagai raja Yehuda, Barukh menuliskan apa yang telah aku imlakkan itu. Kemudian aku memberitahu dia 2 bahawa demikianlah firman TUHAN, Allah Israel, "Hai Barukh, 3 engkau berkata, ‘Aku putus asa. TUHAN telah menambah kesedihan kepada kesusahanku. Aku sudah penat mengeluh. Aku tidak mendapat ketenangan.’

4 Tetapi sekarang Aku, TUHAN, sedang merobohkan apa yang telah Aku bina; Aku sedang mencabut apa yang telah Aku tanam. Aku akan melakukan perkara itu kepada seluruh bumi ini. 5 Adakah engkau ingin diistimewakan? Jangan, kerana Aku mendatangkan bencana kepada semua umat manusia. Tetapi bagi engkau, setidak-tidaknya, ke mana sahaja engkau pergi, engkau akan selamat dan tetap hidup. Aku, TUHAN, telah berfirman."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também