7 Tetapi orang yang berharap kepada-Ku
akan Kuberkati selalu.
8 Dia bagaikan pokok yang tumbuh
di tepi sungai yang mengalir;
akarnya merambat sampai ke air.
Musim panas tidak ditakutinya,
kerana daun-daunnya selalu hijau;
walaupun negeri dilanda kemarau,
tidak ada kegelisahannya,
kerana buah selalu dihasilkannya.