Pular para o conteúdo
Publicidade

1 Tawarikh 15

Persiapan untuk Memindahkan Tabut Perjanjian

1 Raja Daud membina beberapa buah rumah di Kota DaudKota Daud: Bahagian kota Yerusalem yang direbut oleh Daud daripada penduduk asli, iaitu orang Yebusi (lihat 2 Sam 5.6-10). untuk dirinya. Baginda juga menyediakan tempat bagi Tabut Perjanjian Allah dan memasang khemah bagi Tabut itu. 2 Ul 10.8 Kemudian Raja Daud bertitah, "Hanya orang Lewi yang boleh memikul Tabut Perjanjian Allah, kerana mereka yang dipilih oleh TUHAN untuk memikul Tabut Perjanjian TUHAN dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya selama-lamanya." 3 Oleh itu Raja Daud memanggil semua orang Israel datang ke Yerusalem untuk memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN ke tempat yang telah disediakannya. 4 Selepas itu Raja Daud menyuruh keturunan Harun dan orang Lewi berkumpul. 5 Uriel, daripada puak Kehat dalam suku Lewi, mengetuai 120 orang daripada puaknya. 6 Asaya, daripada puak , mengetuai 220 orang daripada puaknya. 7 Yoel, daripada puak , mengetuai 130 orang daripada puaknya. 8 Semaya, daripada puak Elsafan, mengetuai 200 orang daripada puaknya. 9 Eliel, daripada puak , mengetuai 80 orang daripada puaknya. 10 Aminadab, daripada puak , mengetuai 112 orang daripada puaknya.

11 Kemudian Raja Daud memanggil Imam Zadok dan Imam Abyatar, serta enam orang Lewi: Uriel, Asaya, Yoel, Semaya, Eliel, dan Aminadab. 12 Raja Daud bertitah kepada mereka, "Kamu pemimpin puak-puak dalam suku Lewi. Oleh itu, hendaklah kamu dan orang Lewi lain menyucikan diri supaya kamu dapat memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN, Allah Israel, ke tempat yang telah beta sediakan. 13 Ketika Tabut itu dipindahkan pada kali pertama, kamu tidak berada di situ untuk memikulnya. Oleh itu TUHAN, Allah kita, menghukum kita kerana kita tidak meminta petunjuk daripada-Nya."

14 Oleh itu, para imam dan orang Lewi menyucikan diri supaya dapat memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN, Allah Israel. 15 Kel 25.14 Ketika memindahkan Tabut, orang Lewi memikul Tabut itu dengan dua batang kayu pengusung, menurut peraturan yang diberikan TUHAN dengan perantaraan Musa.

16 Raja Daud juga menyuruh para pemimpin orang Lewi supaya menugaskan beberapa orang daripada suku mereka untuk menyanyikan dan memainkan lagu-lagu gembira pada kecapi dan simbal. 17-21 Daripada puak-puak penyanyi, mereka memilih orang yang berikut untuk memainkan simbal tembaga kuning: anak Yoel, sanaknya yang bernama anak Berekhya, serta Etan anak Kusaya daripada puak . Untuk mengiringi mereka serta memainkan kecapi yang bernada tinggi, orang Lewi yang berikut dipilih: Zakharia, Yaaziel, Semiramot, Yehiel, Uni, Eliab, Maaseya, dan Benaya.

Untuk memainkan kecapi yang bernada rendah, orang Lewi yang berikut dipilih: Matica, Elifele, Mikneya, Azazya, dan Obed-Edom dan Yeiel, dua orang yang mengawal tempat Tabut Perjanjian.

22 Kenanya dipilih untuk mengetuai para pemuzik daripada suku Lewi, kerana dia pemuzik yang mahir. 23,24 Berekhya dan Elkana, bersama-sama Obed-Edom dan Yehia dipilih menjadi pengawal Tabut Perjanjian Allah. Para imam, iaitu Sebanya, Yosafat, Netaneel, Amasai, Zakharia, Benaya, dan Eliezer dipilih untuk meniup trompet di hadapan Tabut Perjanjian.

Tabut Perjanjian Dipindahkan ke Yerusalem

2 Samuel 6:12-22

25 Oleh itu Raja Daud bersama-sama para pemimpin Israel, serta para panglima pergi ke rumah Obed-Edom untuk mengambil Tabut Perjanjian, dan mereka mengadakan perayaan besar. 26 Tujuh ekor lembu jantan dan tujuh ekor domba dipersembahkan kepada Allah kerana Dia telah menolong orang Lewi yang memikul Tabut Perjanjian itu. 27 Pada masa itu Raja Daud memakai jubah daripada kain linen halus. Demikian juga pakaian para pemuzik dan Kenanya, pemimpin mereka, serta semua orang Lewi yang mengangkat Tabut itu. Raja Daud juga memakai efod daripada kain linen. 28 Segenap rakyat Israel mengiringi Tabut Perjanjian sampai ke Yerusalem dengan sorak-sorai gembira, serta bunyi trompet, nafiri, simbal, dan kecapi.

29 Ketika Tabut itu dibawa masuk ke dalam kota, Mikhal, puteri Raja , menjenguk dari jendela lalu nampak Raja Daud menari-nari dan melompat-lompat dengan gembira. Maka Mikhal berasa jijik melihat Raja Daud.

Pessoa
Tribo de Levi
Merari
מְרָרִיmərariy
Merari, filho de Levi, deu origem aos meraritas, os levitas que carregavam as tábuas, as colunas e as bases do tabernáculo (Números 3:36).
Significado: “Amargo”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Gérson
גֵּרְשׁ֕וֹןgerəshon
Gérson, filho de Levi, deu origem aos gersonitas, os levitas encarregados das cortinas e das cobertas do tabernáculo (Números 3:25).
Significado: “Peregrino ali”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Hebrom
חֶבְרוֹןchevəron
Hebrom, filho de Coate e neto de Levi, deu origem à família dos hebronitas (Números 3:19).
Significado: “Associação”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Uziel
עֻזִּיאֵלuziyel
Uziel, filho de Coate, deu origem aos uzielitas; seus filhos Misael e Elzafã retiraram do santuário os corpos de Nadabe e Abiú (Levítico 10:4).
Citado em 11 versículos
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Hemã
הֵימָןheyman
Hemã, filho de Joel, foi um dos músicos levitas escolhidos com Asafe e Etã para tocar os címbalos de bronze. Era o vidente do rei, e Deus lhe deu catorze filhos e três filhas (1 Crônicas 25:5).
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Asafe
אָסָףasafΑσαφAsaph
Asafe, filho de Berequias, foi levita, chefe dos músicos e tocador de címbalos no tempo de Davi, que o deixou diante da arca da aliança do Senhor para ministrar ali regularmente (1 Crônicas 16:37).
Significado: “Colhedor”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Merari
מְרָרִיmərariy
Merari, filho de Levi, deu origem aos meraritas, os levitas que carregavam as tábuas, as colunas e as bases do tabernáculo (Números 3:36).
Significado: “Amargo”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Benjamim
Saul
שָׁאוּלshaulΣαούλSaoúl
Saul, filho de Quis, da tribo de Benjamim, foi o primeiro rei de Israel, ungido por Samuel; desobedeceu ao Senhor, perseguiu Davi e morreu no monte Gilboa (1 Samuel 9:2).
Significado: “Pedido a Deus”
Ver página completa
Todos os capítulos de 1 Tawarikh 29
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.