Pular para o conteúdo
Publicidade

1 Tawarikh 16

1 Mereka meletakkan Tabut Perjanjian itu di dalam khemah yang telah disediakan oleh Raja Daud. Kemudian mereka mempersembahkan korban-korban untuk menyenangkan hati TUHAN dan korban-korban untuk memohon berkat-Nya. 2 Setelah Raja Daud selesai mempersembahkan korban-korban itu, baginda memberkati umat Israel dengan nama TUHAN, 3 lalu membahagi-bahagikan makanan kepada mereka semua. Setiap orang yang ada di situ, baik lelaki mahupun perempuan diberi sebuku roti, sepotong daging panggang,sepotong daging panggang; atau seketul kuih kurma. dan seketul kuih kismis.

4 Raja Daud melantik beberapa orang Lewi untuk memimpin upacara ibadat kepada TUHAN, Allah Israel, di hadapan Tabut Perjanjian. Mereka menyanyikan lagu kesyukuran dan puji-pujian kepada TUHAN. 5  dilantik sebagai ketua dan Zakharia wakilnya. Yeiel, Semiramot, Yehiel, Matica, Eliab, Benaya, Obed-Edom, dan Yeiel ditugaskan untuk memainkan kecapi. ditugaskan untuk memainkan simbal, 6 dan dua orang imam, iaitu Benaya dan Yahaziel, ditugaskan secara tetap untuk meniup trompet di hadapan Tabut Perjanjian. 7 Itulah kali pertama Raja Daud menugaskan dan rakan-rakannya sesama orang Lewi untuk menyanyikan lagu puji-pujian kepada TUHAN.

Lagu Pujian

(Mzm 105.1-15, 96.1-13, 106.1,47-48)

8 Bersyukurlah kepada TUHAN,

isytiharkanlah keagungan-Nya.

Ceritakanlah perbuatan-Nya

kepada bangsa-bangsa.

9 Nyanyikanlah lagu pujian kepada TUHAN,

ceritakanlah segala perbuatan-Nya yang menakjubkan.

10 Dialah TUHAN Yang Esa;

bersukacitalah kerana kita milik-Nya;

semua orang yang menyembah TUHAN hendaklah bersukacita!

11 Mintalah pertolongan TUHAN;

sembahlah Dia sentiasa.

12,13 Hai keturunan Yakub, hamba Allah,

hai keturunan , umat pilihan Allah,

ingatlah akan mukjizat yang dilakukan Allah,

jangan lupakan keputusan yang diberikan-Nya.

14 TUHAN ialah Allah kita;

perintah-Nya untuk seluruh dunia.

15 Jangan lupakan perjanjian-Nya

yang berlaku untuk selama-lamanya,

16 Kej 12.7,26.3 perjanjian yang dibuat-Nya dengan ,

dan janji-Nya dengan Ishak,

17 lalu dikekalkan dengan Yakub,

menjadi perjanjian abadi bagi umat .

18 Kej 28.13 Dia berfirman, "Aku akan memberi kamu negeri Kanaan,

untuk menjadi milik pusaka kamu."

19 Dahulu umat Allah kecil bilangannya,

mereka hidup sebagai orang asing di negeri Kanaan.

20 Mereka mengembara dari negeri ke negeri,

dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan.

21 Tetapi Allah tidak membiarkan sesiapa pun menindas mereka,

kerana mereka, Dia memberikan amaran kepada raja-raja.

22 Kej 20.3-7 Dia berfirman, "Jangan ganggu hamba-hamba pilihan-Ku;

jangan cederakan nabi-nabi-Ku!"

23 Nyanyikanlah lagu untuk TUHAN, hai segenap bumi!

Pada setiap hari siarkanlah berita baik

bahawa Dia telah menyelamatkan kita.

24 Isytiharkanlah keagungan-Nya kepada bangsa-bangsa,

dan perbuatan-Nya yang mengagumkan umat manusia.

25 TUHAN itu agung, dan mesti dipuji setinggi-tingginya;

Dia mesti dihormati lebih daripada semua dewa.

26 Dewa-dewa bangsa lain hanya patung berhala,

tetapi TUHAN mencipta angkasa raya.

27 Kemuliaan dan keagungan mengelilingi Dia,

tempat kediaman-Nya dipenuhi kuasa dan kegembiraan.

28 Hai semua orang di bumi, pujilah TUHAN!

Pujilah keagungan dan keperkasaan-Nya.

29 Pujilah nama TUHAN yang mulia;

bawalah persembahan dan masuklah ke dalam kediaman-Nya.

Bersujudlah di hadapan TUHAN

apabila Dia muncul;apabila Dia muncul; atau dengan berpakaian ibadat.

30 gementarlah di hadapan-Nya, hai seluruh bumi!

Bumi dikukuhkan dan tidak dapat digoncang.

31 Bersukacitalah, hai bumi dan langit!

Beritahulah bangsa-bangsa bahawa TUHAN itu Raja.

32 Berderulah, hai laut, dan segala isimu!

Bergembiralah, hai ladang-ladang, dan segala tanamanmu!

33 Pokok-pokok di hutan akan bersorak kegirangan,

apabila TUHAN datang untuk memerintah bumi.

34 2 Taw 5.13,7.3;Ezr 3.11;Mzm 100.5,106.1,107.1,118.1,136.1;Yer 33.11 Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;

kasih-Nya kekal abadi.

35 Katakanlah kepada-Nya, "Ya Allah, Penyelamat kami,

selamatkanlah kami daripada kekuasaan bangsa-bangsa.

Kumpulkanlah kami

supaya kami dapat bersyukur

dan memuji nama-Mu yang suci!"

36 Pujilah TUHAN, Allah Israel!

Pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!

Kemudian semua orang Israel berkata, "Amin", dan mereka memuji TUHAN.

Ibadat di Yerusalem dan di Gibeon

37 Raja Daud melantik dan sesamanya orang Lewi supaya mereka bertugas secara tetap dalam pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat di tempat Tabut Perjanjian TUHAN diletakkan. Setiap hari mereka harus bertugas di situ, 38 dan dibantu oleh Obed-Edom anak Yedutun dan 68 orang lain daripada puaknya. Hosa dan Obed-Edom ialah pengawal pintu-pintu gerbang.

39 Imam Zadok dan imam-imam yang lain ditugaskan untuk mengurus ibadat kepada TUHAN di tempat beribadat di . 40 Tiap-tiap pagi dan petang mereka harus mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati TUHAN,Korban untuk menyenangkan hati TUHAN; Harfiah: Korban bakar. Lihat Kamus. di atas mazbah, menurut Taurat yang diberikan oleh TUHAN kepada orang . 41 Imam Zadok dan imam-imam itu dibantu oleh dan Yedutun serta beberapa orang lain yang dipilih khas untuk menyanyikan lagu pujian kepada TUHAN kerana kasih-Nya yang kekal abadi. 42  dan Yedutun juga mengurus trompet, simbal, serta alat muzik lain yang dipakai untuk mengiringi lagu-lagu pujian. Anggota-anggota puak Yedutun ditugaskan untuk mengawal pintu-pintu gerbang.

43 2 Sam 6.19-20 Kemudian semua orang pulang ke rumah masing-masing. Raja Daud juga pulang untuk bersama-sama keluarga baginda.

Pessoa
Tribo de Levi
Asafe
אָסָףasafΑσαφAsaph
Asafe, filho de Berequias, foi levita, chefe dos músicos e tocador de címbalos no tempo de Davi, que o deixou diante da arca da aliança do Senhor para ministrar ali regularmente (1 Crônicas 16:37).
Significado: “Colhedor”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Asafe
אָסָףasafΑσαφAsaph
Asafe, filho de Berequias, foi levita, chefe dos músicos e tocador de címbalos no tempo de Davi, que o deixou diante da arca da aliança do Senhor para ministrar ali regularmente (1 Crônicas 16:37).
Significado: “Colhedor”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Asafe
אָסָףasafΑσαφAsaph
Asafe, filho de Berequias, foi levita, chefe dos músicos e tocador de címbalos no tempo de Davi, que o deixou diante da arca da aliança do Senhor para ministrar ali regularmente (1 Crônicas 16:37).
Significado: “Colhedor”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
H85
Abraão
אַבְרָהָ֔םavərahamΑβρααμAbraam
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Significado: “Pai de uma multidão”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Asafe
אָסָףasafΑσαφAsaph
Asafe, filho de Berequias, foi levita, chefe dos músicos e tocador de címbalos no tempo de Davi, que o deixou diante da arca da aliança do Senhor para ministrar ali regularmente (1 Crônicas 16:37).
Significado: “Colhedor”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Gibeom
Hoje: El Jib
גִּבְעוֹןgivon
Gibeom é a cidade cujos moradores fizeram paz com Israel e pediram socorro a Josué contra os reis amorreus. Josué disse ao sol que parasse sobre Gibeom (Josué 10:12).
31,85° N, 35,18° L
Citado em 39 versículosTb.: Gibeão
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Hemã
הֵימָןheyman
Hemã, filho de Joel, foi um dos músicos levitas escolhidos com Asafe e Etã para tocar os címbalos de bronze. Era o vidente do rei, e Deus lhe deu catorze filhos e três filhas (1 Crônicas 25:5).
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Hemã
הֵימָןheyman
Hemã, filho de Joel, foi um dos músicos levitas escolhidos com Asafe e Etã para tocar os címbalos de bronze. Era o vidente do rei, e Deus lhe deu catorze filhos e três filhas (1 Crônicas 25:5).
Citado em 13 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de 1 Tawarikh 29
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.