1 Pada mulanya, orang di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka menggunakan kata-kata yang sama. 2 Apabila mereka mengembara ke sebelah timur, mereka tiba di suatu dataran di Babilonia, lalu menetap di situ. 3 Mereka bercakap sesama sendiri, "Mari kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras." Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk dijadikan bahan binaan, serta tar sebagai bahan pelekat. 4 Mereka berkata, "Mari kita bina kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai-cerai di seluruh bumi."
5 Kemudian TUHAN turun untuk melihat kota dan menara yang dibina oleh manusia. 6 Dia berfirman, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan hal ini baru permulaan rancangan mereka. Tidak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka. 7 Marilah Kita turun dan kacau bahasa mereka supaya mereka tidak memahami satu sama lain." 8 Demikianlah TUHAN mencerai-beraikan mereka ke seluruh bumi. Maka mereka berhenti membina kota itu. 9 Kota itu dinamakan BabelBabel: Dalam bahasa Ibrani, perkataan ini bunyinya seperti perkataan yang bermakna "kacau-bilau".kerana di situlah TUHAN mengacau bahasa manusia, dan dari situlah TUHAN mencerai-beraikan manusia ke seluruh bumi.
Keturunan Sem
(1 Taw 1.24-27)
10 Inilah keturunan Sem. Dua tahun selepas banjir itu, ketika Semberumur 100 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Arpakhsad. 11 Selepas itu, Semhidup selama 500 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
12 Ketika Arpakhsad berumur 35 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Selah. 13 Selepas itu Arpakhsad hidup selama 403 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
14 Ketika Selah berumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Eber. 15 Selepas itu Selah hidup selama 403 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
16 Ketika Eberberumur 34 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Peleg. 17 Selepas itu Eberhidup selama 430 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
18 Ketika Pelegberumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Reu. 19 Selepas itu Peleghidup selama 209 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
20 Ketika Reuberumur 32 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Serug. 21 Selepas itu Reuhidup selama 207 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
22 Ketika Serugberumur 30 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Nahor. 23 Selepas itu Serughidup selama 200 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
24 Ketika Nahorberumur 29 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Terah. 25 Selepas itu Nahorhidup selama 119 tahun lagi dan mendapat anak-anak lain.
26 Ketika Terahberumur 70 tahun, dia mendapat tiga orang anak lelaki, iaitu Abram, Nahor, dan Haran.
Keturunan Terah
27 Inilah keturunan Terah. Terahialah bapa Abram, Nahor, dan Haran. Haranmempunyai seorang anak lelaki bernama Lot. 28 Haranmeninggal di Ur, kampung halamannya di Babilonia, ketika bapanya masih hidup. 29 Abramberkahwin dengan Sarai, dan Nahorberkahwin dengan Milka, anak perempuan Haran. Haranmempunyai anak lelaki lain bernama Yiska. 30 Saraitidak mempunyai anak kerana dia mandul.
31 Terahmeninggalkan kota Urdi Babilonia bersama dengan Abramanaknya, Lotcucunya, dan Saraimenantunya, iaitu isteri Abram. Terahbermaksud pergi ke negeri Kanaan tetapi setibanya di Haran, mereka menetap di sana. 32 Di tempat itu Terahmeninggal ketika berumur 205 tahun.
Pessoa
H8035
Sem
שֵׁ֖םshemΣημSem
Sem, filho de Noé, entrou na arca com o pai e os irmãos e foi antepassado de Abraão (Gênesis 11:10).
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Ló, sobrinho de Abraão, foi morar em Sodoma e escapou da destruição da cidade com as duas filhas; a mulher dele olhou para trás e virou estátua de sal (Gênesis 19:29).

Harã é a cidade onde Terá se estabeleceu com Abrão, Sarai e Ló ao sair de Ur dos caldeus, e onde morreu; de lá Abrão partiu para Canaã aos setenta e cinco anos (Gênesis 12:4).