Sara Meninggal dan Abraham Membeli Tanah Perkuburan
1 Ketika Saraberumur 127 tahun, 2 dia meninggal di Hebrondi tanah Kanaan. Abrahamsedih dan meratapi kematian isterinya.
3 Selepas itu Abrahammeninggalkan jenazah isterinya lalu pergi kepada orang Het, penduduk negeri itu. Dia berkata, 4 Kis 7.16;Ibr 11.9,13"Saya ini orang asing yang tinggal bersama dengan saudara-saudara; izinkanlah saya membeli sebidang tanah supaya saya dapat mengebumikan isteri saya."
5 Mereka menjawab, 6 "Kami menghormati tuan sebagai pemimpin yang berkuasa di kalangan kami; oleh itu kebumikanlah isteri tuan di kubur yang terbaik yang ada pada kami. Kami semua berbesar hati untuk memberikan tanah perkuburan kepada tuan, supaya tuan dapat mengebumikan isteri tuan."
7 Kemudian Abrahambersujud di hadapan mereka, 8 dan berkata, "Jika saudara-saudara rela saya mengebumikan isteri saya di sini, tolonglah minta daripada Efronanak Sohar, 9 supaya dia menjualkan Gua Makhpela yang terletak di pinggir ladangnya, kepada saya. Suruhlah dia menjual tanah itu di sini, dengan disaksikan oleh saudara-saudara. Saya akan membayar harga penuhnya supaya tanah itu menjadi milik saya."
10 Pada masa itu Efronsendiri sedang duduk bersama dengan orang Hetyang lain, di tempat perjumpaan di pintu gerbang kota. Dengan disaksikan oleh semua orang yang ada di situ, dia menjawab, 11 "Bangsa saya sendiri menjadi saksi bahawa tanah itu serta guanya saya berikan kepada tuan, supaya tuan dapat mengebumikan isteri tuan."
12 Abrahambersujud di hadapan semua orang Het itu, 13 dan sambil didengar oleh semua orang, dia berkata kepada Efron, "Mohon dengarkan saya. Saya ingin membeli seluruh tanah itu. Terimalah wang pembayarannya supaya saya dapat mengebumikan isteri saya di situ."
14 Efronmenjawab, 15 "Tuan, tanah itu hanya bernilai empat ratus keping wang perak. Apakah itu antara kita berdua? Kebumikanlah isteri tuan di situ." 16 Abrahambersetuju dengan harga itu. Lalu dia menimbang perak sejumlah yang disebut oleh Efrondi hadapan orang Het, iaitu empat ratus keping wang perak, dengan timbangan yang digunakan oleh para saudagar.
17 Demikianlah tanah milik Efrondi Makhpela, di bahagian timur Mamre, menjadi milik Abraham. Tanah itu terdiri daripada ladang dan gua serta semua pokok di situ termasuk pokok-pokok yang ada di hujung tanah itu. 18 Semua orang Hetyang hadir dalam perjumpaan di pintu gerbang kota mengakui bahawa tanah itu sekarang milik Abraham. 19 Kemudian Abrahammengebumikan isterinya, Sara, di dalam Gua Makhpela, di tanah Kanaan. 20 Maka tanah dan gua di situ, yang dahulu kepunyaan orang Het, sekarang menjadi milik Abrahamuntuk dijadikan tanah perkuburan.
Pessoa
H8283
Sara
שָׂרָהsarahΣαρραSarra
Sara, mulher de Abraão, foi estéril até a velhice e deu à luz Isaque, o filho que Deus tinha prometido ao casal (Gênesis 21:2).
Hebrom é a cidade de Judá onde Davi se estabeleceu com seus homens, teve filhos e foi ungido rei de Israel; nos arredores Abraão morou e sepultou Sara. Josué deu Hebrom a Calebe (1 Crônicas 11:3).
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).