8 Allah berfirman kepada Nuh dan anak-anaknya, 9 "Sekarang Aku membuat perjanjian dengan kamu dan keturunan kamu, 10 dan juga dengan semua makhluk hidup, iaitu burung dan binatang; semua yang keluar dari bahtera bersama dengan kamu. 11 Inilah perjanjian-Ku dengan kamu. Aku berjanji bahawa semua makhluk hidup tidak akan dibinasakan oleh banjir lagi. Banjir tidak akan memusnahkan bumi lagi.
Publicidade