2 Di sana beberapa orang membawa seorang lumpuh yang terbaring di atas tikar kepada Yesus. Ketika Yesus melihat betapa besarnya iman mereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, "Teguhkanlah hatimu, anak-Ku! Dosamu sudah diampunkan."
3 Beberapa orang guru Taurat di situ berkata dalam hati, "Orang ini mengkufuri Allah!"
4 Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka, lalu Dia berkata, "Mengapa kamu memikirkan perkara sejahat itu? 5 Manakah yang lebih mudah: mengatakan, ‘Dosamu sudah diampunkan’ atau ‘Bangunlah dan berjalan’? 6 Aku akan membuktikan kepada kamu bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa." Lalu Yesus berkata kepada orang yang lumpuh itu, "Bangunlah, angkat tikarmu dan pulanglah!"
7 Orang lumpuh itu pun bangun lalu pulang ke rumah.