Pular para o conteúdo
Publicidade

BILANGAN 1

Umat Israel Mengadakan Banci yang Pertama

1 Pada hari pertama bulan kedua, dalam tahun kedua selepas umat Israel meninggalkan Mesir, TUHAN berfirman kepada Musa di dalam Khemah TUHAN di Gurun Sinai. Dia berfirman, 2 "Engkau dan Harun harus membanci orang Israel menurut puak dan keluarga. Buatlah senarai nama semua orang lelaki 3 yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar. 4 Mintalah seorang penghulu puak daripada tiap-tiap suku untuk menolong kamu." 5-16 Inilah semua orang lelaki, iaitu para pemimpin dalam suku mereka, yang dipilih dari antara umat untuk melakukan tugas itu:

Suku PemimpinRuben Elizur anak SyedeurSimeon Selumiel anak ZurisyadaiYehuda Nahason anak AminadabIsakhar Netaneel anak ZuarZebulon Eliab anak HelonEfraim Elisama anak AmihudManasye Gamaliel anak PedazurBenyamin Abidan anak GideoniDan Ahiezer anak AmisyadaiAsyer Pagiel anak OkhranGad Elyasaf anak DehuelNaftali Ahira anak Enan

17 Dengan bantuan dua belas orang itu, Musa dan Harun 18 mengumpulkan segenap umat pada hari pertama bulan kedua. Semua orang didaftarkan menurut puak dan keluarga masing-masing. Nama setiap orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas didaftarkan dan dihitung, 19 sebagaimana yang diperintahkan TUHAN. Musa mendaftarkan mereka di Gurun Sinai. 20-46 Bil 26.1-51 Nama orang lelaki yang berumur dua puluh tahun ke atas, yang layak menjadi askar, didaftarkan menurut puak dan keluarga, bermula dengan suku Ruben, anak lelaki sulung Yakub. Jumlah mereka adalah seperti berikut:

Suku Bilangan OrangRuben 46,500Simeon 59,300Gad 45,650Yehuda 74,600Isakhar 54,400Zebulon 57,400Efraim 40,500Manasye 32,200Benyamin 35,400Dan 62,700Asyer 41,500Naftali 53,400Jumlah: 603,550

47 Orang Lewi tidak didaftarkan bersama dengan suku-suku lain, 48 kerana TUHAN sudah berfirman kepada Musa, 49 "Apabila engkau membanci orang lelaki yang layak menjadi askar, jangan banci suku Lewi. 50 Tetapi suruhlah orang Lewi mengurus Khemah-Ku dan segala peralatannya. Mereka harus memikul Khemah dan peralatannya, serta bertugas di situ. Mereka juga harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku. 51 Apabila kamu memindahkan perkhemahan, orang Lewi harus menggulung Khemah-Ku, dan memasangnya semula di tempat yang baru. Selain orang Lewi, sesiapa yang menghampiri Khemah-Ku mesti dihukum mati. 52 Orang Israel lain harus berkhemah dalam kumpulan, dan setiap orang dalam kelompoknya sendiri, dan di bawah panji masing-masing. 53 Tetapi orang Lewi harus berkhemah di sekeliling Khemah-Ku untuk mengawalnya supaya tiada sesiapa pun akan menghampirinya, lalu menyebabkan Aku murka dan menghukum umat Israel." 54 Maka umat Israel melakukan segala yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também