1 Bil 33.40Aradialah sebuah kota di bahagian selatan tanah Kanaan. Ketika raja kota itu mendengar bahawa umat Israel datang melalui jalan Atarim, raja itu pergi menyerang mereka dan menawan beberapa orang. 2 Kemudian umat Israel bernazar kepada TUHAN. Mereka berkata, "Ya TUHAN, jika Engkau membenarkan kami mengalahkan penduduk negeri ini, kami akan memusnahkan kota-kota mereka serta penduduk kota, sebagai tanda bahawa semuanya milik-Mu." 3 TUHAN mengabulkan permintaan umat Israel, dan menolong mereka mengalahkan orang Kanaan. Umat Israel membinasakan semua orang Kanaan dan kota-kota mereka. Umat Israel menamakan tempat itu Horma.Horma: Dalam bahasa Ibrani nama ini bermakna "kemusnahan".
Ular daripada Gangsa
4 Ul 2.1Kemudian umat Israel meninggalkan Gunung Hordan mengikut jalan yang menuju ke Teluk Akaba untuk mengelilingi tanah Edom. Tetapi di tengah jalan mereka hilang sabar, 5 lalu bersungut-sungut terhadap Allah dan Musa. Mereka berkata, "Mengapakah kamu membawa kami keluar dari Mesir untuk mati di padang gurun ini? Di sini tidak ada makanan ataupun air. Kami muak dengan makanan yang tawar ini!" 6 1 Kor 10.9Kemudian TUHAN mendatangkan ular-ular berbisa di tengah-tengah mereka dan banyak orang Israelmati dipatuk ular. 7 Umat Israel datang kepada Musa dan berkata, "Kami berdosa ketika kami bersungut-sungut terhadap TUHAN dan terhadap kamu. Berdoalah kepada TUHAN supaya ular-ular ini dijauhkan daripada kami." Maka Musa berdoa kepada TUHAN untuk umat itu. 8 Setelah itu TUHAN menyuruh Musa membuat seekor ular daripada logam dan memasangnya pada sebatang tiang, supaya sesiapa yang dipatuk ular boleh memandang ular daripada logam itu, lalu sembuh. 9 2 Raj 18.4;Yoh 3.14Kemudian Musa membuat seekor ular daripada gangsa lalu memasangnya pada sebatang tiang. Setiap orang yang dipatuk ular akan sembuh jika memandang ular daripada gangsa itu.
Dari Gunung Hor ke Lembah Moab
10 Umat Israelmeneruskan perjalanan lalu berkhemah di Obot. 11 Dari Obotmereka berangkat lagi, lalu berkhemah di reruntuhan Abarim di padang gurun, di bahagian timur tanah Moab. 12 Kemudian mereka berkhemah di Lembah Zered. 13 Setelah itu mereka berangkat lagi dan berkhemah di utara Sungai Arnon, di padang gurun yang terbentang sampai ke negeri orang Amori. Sungai Arnonialah sempadan Moabdan tanah orang Amori. 14 Itulah sebabnya di dalam Kitab Peperangan TUHAN ada tertulis, "... Wahebdi daerah Sufadan lembah-lembahnya; Sungai Arnon15 dan lereng lembah-lembah yang terbentang sampai ke kota Ardan ke arah sempadan tanah Moab."
16 Dari sana mereka pergi ke tempat yang bernama Beer, yang bermakna perigi-perigi. Di situ TUHAN berfirman kepada Musa, "Kumpulkanlah umat itu; Aku akan memberi mereka air." 17 Pada masa itu umat Israel menyanyikan lagu ini:
"Hai perigi-perigi, pancarkanlah airmu,
kami akan menyambutnya dengan lagu.
18 Perigi yang digali oleh para penguasa
dan oleh para pemimpin bangsa;
digali dengan tongkat diraja,
dan dengan tongkat tanda kuasa mereka."
Dari kawasan gurun mereka pergi ke Matana, 19 dan dari sana mereka pergi ke Nahaliel, dan dari Nahalielke Bamot, 20 dan dari Bamotke lembah di tanah Moab, di bawah puncak Gunung Pisgayang menghala ke kawasan gurun.
Kemenangan atas Raja Sihon dan Raja Og
(Ul 2.26—3.11)
21 Kemudian umat Israel mengutus utusan-utusan kepada Raja Sihon, penguasa orang Amori. Para utusan itu berkata, 22 "Benarkanlah hamba semua melalui negeri tuanku. Hamba sekalian dan ternakan hamba semua tidak akan menyimpang ke ladang atau ke kebun anggur tuanku. Hamba sekalian tidak akan minum air dari perigi tuanku. Hamba semua akan mengikut jalan rayajalan raya; atau jalan raya raja.sehingga hamba sekalian keluar dari tanah tuanku." 23 Tetapi Raja Sihontidak membenarkan umat Israel melintasi tanah baginda. Raja Sihonmengumpulkan tenteranya lalu pergi ke Yahas untuk menyerang umat Israel di kawasan gurun itu. 24 Tetapi dalam pertempuran itu umat Israel membunuh banyak askar Amori. Oleh itu umat Israel menduduki negeri mereka, dari Sungai Arnonsampai ke Sungai Yabok di utara, iaitu sempadan kawasan orang Amon, kerana pertahanan di sempadan Amonsangat kuat.kerana...sangat kuat: Beberapa naskhah terjemahan kuno:sejauh Yaezer di sempadan Amon.25 Demikianlah umat Israel merebut semua kota orang Amori, termasuk Hesybon dan semua pekan di sekelilingnya, lalu mereka menetap di situ. 26 Hesybon ialah ibu kota Raja Sihon, penguasa negeri Amori. Dia pernah mengalahkan raja Moabdan menduduki seluruh tanahnya sampai ke Sungai Arnon. 27 Itulah sebabnya para pujangga bersyair begini,
"Datanglah ke Hesybon, ke kota Raja Sihon.
Kami ingin melihat kota ini dibangun dan dipulihkan.
28 Sekali peristiwa di kota ini,
tentera Raja Sihonmara bagaikan api yang menghancurkan kota Ardi Moab, dan menelanSebuah naskhah terjemahan kuno:menelan. Naskhah Ibrani:penguasa.bukit-bukit di sepanjang Arnon.
29 Yer 48.45-46Hai orang Moab, alangkah malangnya kamu!
Hai pemuja Kamos, binasalah kamu!
Tuhan kamu membiarkan kaum lelaki menjadi pelarian,
dan kaum wanita menjadi tawanan raja Amori.
30 Tetapi kini keturunan mereka binasa,
di sepanjang jalan dari Hesybon ke Dibon,
dari Nasyim ke Nofah dekat Medeba."
31 Dengan demikian umat Israel menetap di tanah orang Amori. 32 Musa mengutus orang mencari jalan yang terbaik untuk menyerang kota Yaezer. Umat Israel merebut kota itu serta pekan-pekan di sekelilingnya, dan mengusir orang Amori yang tinggal di situ.
33 Kemudian umat Israel membelok lalu mengikut jalan ke Basan. Tetapi Raja Ogdari Basan, berangkat dengan tenteranya dan menyerang mereka di Edrei. 34 TUHAN berfirman kepada Musa, "Jangan takut kepadanya. Aku akan memberikan kemenangan kepadamu. Engkau akan mengalahkan raja itu, segenap rakyatnya, dan merebut tanah serta negerinya. Perlakukanlah raja itu sebagaimana engkau memperlakukan Raja Sihon, raja Amori yang memerintah di Hesybon." 35 Oleh itu umat Israel membunuh Raja Og, putera-puteranya, dan semua rakyatnya. Mereka tidak membiarkan seorang pun hidup. Kemudian mereka menduduki tanah itu.
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Hormá
Hoje: Tel Masos
חׇרְמָהchormah
Hormá é a cidade de Zefate, assim chamada depois que Judá e Simeão a destruíram, e o lugar até onde amalequitas e cananeus perseguiram Israel (Juízes 1:17).
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”

Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
O Arnom foi a fronteira entre Moabe e os amorreus; Israel acampou do outro lado do Arnom, e as terras tomadas de Seom iam do Arnom até o Jaboque (Números 21:13).

Pisga é o monte em frente de Jericó, ao qual Moisés subiu das planícies de Moabe e de cujo topo o Senhor lhe mostrou a terra toda, de Gileade a Dã (Deuteronômio 34:1).
O Arnom foi a fronteira entre Moabe e os amorreus; Israel acampou do outro lado do Arnom, e as terras tomadas de Seom iam do Arnom até o Jaboque (Números 21:13).
Amom é a terra dos amonitas, descendentes de Ben-Ami, com Rabá por capital. Os amonitas guerrearam contra Israel nos dias de Jefté, e Joabe arrasou a terra deles enquanto Davi estava em Jerusalém (1 Crônicas 20:1).
Amom é a terra dos amonitas, descendentes de Ben-Ami, com Rabá por capital. Os amonitas guerrearam contra Israel nos dias de Jefté, e Joabe arrasou a terra deles enquanto Davi estava em Jerusalém (1 Crônicas 20:1).
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
O Arnom foi a fronteira entre Moabe e os amorreus; Israel acampou do outro lado do Arnom, e as terras tomadas de Seom iam do Arnom até o Jaboque (Números 21:13).
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
O Arnom foi a fronteira entre Moabe e os amorreus; Israel acampou do outro lado do Arnom, e as terras tomadas de Seom iam do Arnom até o Jaboque (Números 21:13).
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
Medeba é o lugar do planalto que coube a Rúben e a Gade a leste do Jordão; perto de Medeba acampou o rei de Maaca com as suas tropas, contratado pelos amonitas para a guerra (1 Crônicas 19:7).
Basã é a terra do reino de Ogue, que reinou em Astarote e Edrei e foi derrotado por Moisés. Coube à tribo de Manassés, e nela ficava Golã, cidade de refúgio (Josué 13:12).
Basã é a terra do reino de Ogue, que reinou em Astarote e Edrei e foi derrotado por Moisés. Coube à tribo de Manassés, e nela ficava Golã, cidade de refúgio (Josué 13:12).