Pular para o conteúdo
Publicidade

2 Tawarikh 20

Peperangan Menentang Edom

1 Beberapa lama kemudian, tentera dan bersama-sama sekutu mereka, tentera Meunim,Sebuah naskhah terjemahan kuno:Meunim. Naskhah Ibrani:orang Amon. menyerang Yehuda. 2 Beberapa orang utusan menghadap Raja Yosafat dan memberitahu baginda, "Angkatan perang yang besar dari telah datang dari seberang Laut Mati untuk menyerang tuanku. Mereka telah merebut Hazezon-Tamar." (Hazezon-Tamar ialah nama lain bagi .) 3 Raja Yosafat takut lalu berdoa kepada TUHAN meminta petunjuk. Kemudian baginda memerintah penduduk negeri supaya berpuasa. 4 Dari tiap-tiap kota di Yehuda, rakyat pergi ke Yerusalem untuk minta pertolongan daripada TUHAN. 5 Bersama-sama penduduk Yerusalem, mereka berkumpul di halaman baru di Rumah TUHAN. Raja Yosafat berdiri di hadapan rakyat 6 lalu berdoa dengan suara kuat, "Ya TUHAN, Allah nenek moyang kami, dari takhta-Mu di syurga, Engkau memerintah bangsa-bangsa di bumi ini. Engkau berkuasa dan perkasa! Tiada sesiapa pun dapat melawan Engkau. 7 Yes 41.8;Yak 2.23 Engkaulah Allah kami. Ketika umat-Mu Israel pindah ke negeri ini, Engkau mengusir bangsa yang tinggal di sini dan memberikan tanah ini kepada keturunan , sahabat-Mu, untuk menjadi pusaka mereka selama-lamanya. 8 Mereka sudah tinggal di sini dan membina sebuah rumah ibadat untuk menghormati Engkau. Mereka tahu 9 bahawa jika mereka dihukum dengan bencana, sama ada peperangan,dihukum...peperangan; atau mereka dihukum - suatu peperangan yang dahsyat. wabak, atau kelaparan, mereka dapat datang kepada-Mu dan berdiri di hadapan rumah ibadat ini. Ketika dalam kesusahan, mereka dapat berdoa kepada-Mu dan Engkau akan mendengar serta menolong mereka.

10 Ul 2.4-19 Sekarang orang , , dan Edom menyerang kami. Ketika nenek moyang kami keluar dari Mesir dahulu, Engkau tidak membenarkan mereka masuk ke negeri-negeri itu. Oleh itu mereka mengambil jalan keliling dan tidak membinasakan bangsa-bangsa itu. 11 Sekarang lihatlah cara mereka membalas kami - mereka datang untuk mengusir kami dari tanah yang Engkau berikan kepada kami. 12 Engkaulah Allah kami! Hukumlah mereka, kerana kami tidak berdaya melawan tentera besar yang menyerang kami. Kami tidak tahu apa yang harus kami lakukan, tetapi kami datang kepada-Mu meminta tolong."

13 Semua kaum lelaki Yehuda, bersama-sama anak isteri mereka, berdiri di Rumah TUHAN. 14 Lalu Roh TUHAN menguasai seorang Lewi yang hadir di tengah-tengah orang ramai itu. Namanya Yahaziel anak Zakharia, seorang daripada puak Asaf, iaitu keturunan Benaya, Yeiel, dan Matanya. 15 Ul 20.1-4 Yahaziel berkata, "Tuanku dan semua penduduk Yehuda dan Yerusalem, TUHAN berfirman bahawa kamu tidak boleh putus asa atau takut menghadapi pasukan yang besar ini, kerana yang bertempur bukan kamu, melainkan Allah. 16 Esok seranglah mereka, pada masa mereka mendaki Genting Zis. Kamu akan menemui mereka di hujung lembah yang menuju ke padang gurun dekat Yeruel. 17 Ul 14.13-14 Kamu tidak perlu bertempur dalam peperangan ini. Ambillah tempat kamu lalu tunggulah. Kamu akan melihat TUHAN memberi kamu kemenangan. Janganlah takut atau ragu-ragu, hai penduduk Yehuda dan Yerusalem! Hadapilah musuh; TUHAN akan menyertai kamu!"

18 Selepas itu Raja Yosafat bersujud dan semua rakyat pun bersujud bersama-sama baginda dan menyembah TUHAN. 19 Puak Kehat dan Korah daripada suku Lewi berdiri, lalu bersorak memuji TUHAN, Allah Israel.

20 Keesokan paginya mereka semua pergi ke padang gurun dekat . Ketika mereka berangkat, Raja Yosafat bertitah kepada mereka, "Hai penduduk Yehuda dan Yerusalem, percayalah kepada TUHAN, Allah kamu, maka kamu akan sanggup bertahan! Percayalah kepada nasihat nabi-nabi-Nya, maka kamu akan berjaya." 21 Setelah berunding dengan rakyat, raja memerintah beberapa orang penyanyi supaya memakai pakaian yang biasanya dipakai pada upacara-upacara agama. Para penyanyi itu mesti berjalan di hadapan tentera sambil menyanyi, "Pujilah TUHAN! Kasih-Nya kekal abadi!"

22 Apabila mereka mula menyanyi, TUHAN menimbulkan kekacauan di tengah-tengah musuh yang hendak menyerang mereka. 23 Tentera dan menyerang tentera Edom dan memusnahkannya sama sekali. Kemudian mereka pula menyerang satu sama lain dengan sengit. 24 Apabila tentera Yehuda sampai di sebuah menara di padang gurun, mereka memandang ke arah musuh dan nampak semua musuh mati terlentang di tanah. Tiada seorang pun daripada tentera musuh yang hidup.

25 Raja Yosafat dan tenteranya pergi menjarah harta barang-barang musuh. Mereka mendapat banyak ternakan,Sebuah naskhah terjemahan kuno:ternakan. Naskhah Ibrani:antaranya. bekalan, pakaian, dan barang-barang berharga. Selama tiga hari mereka mengumpulkan barang jarahan itu, tetapi mereka tidak dapat mengambil semuanya kerana barang-barang itu terlalu banyak. 26 Pada hari keempat, mereka berkumpul di Lembah Beraka, lalu memuji TUHAN bagi segala yang telah dilakukan-Nya. Itulah sebabnya lembah itu dinamakan Lembah Beraka.Beraka: Dalam bahasa Ibrani nama ini bermakna "pujian".27 Demikianlah Raja Yosafat memimpin tenteranya kembali ke Yerusalem dengan kemenangan, kerana TUHAN telah mengalahkan musuh mereka. 28 Ketika mereka sampai di kota, mereka pergi ke Rumah TUHAN, dengan iringan kecapi dan trompet. 29 Tiap-tiap bangsa menjadi takut apabila mendengar tentang cara TUHAN mengalahkan musuh Israel. 30 Dengan demikian Raja Yosafat dapat memerintah dengan aman, dan Allah memberi Raja Yosafat ketenteraman di seluruh negeri.

Akhir Pemerintahan Raja Yosafat

(1 Raj 22.41-50)

31 Raja Yosafat menjadi raja Yehuda ketika baginda berumur tiga puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh lima tahun. Bondanya ialah Azuba anak Silhi. 32 Seperti ayahandanya dahulu, Raja Yosafat melakukan apa yang benar di sisi TUHAN, 33 tetapi tempat-tempat penyembahan berhala tidak dimusnahkan. Rakyat belum juga beribadat dengan sepenuh hati kepada Allah nenek moyang mereka.

34 Segala perbuatan Raja Yosafat, dari permulaan pemerintahannya sehingga akhir, tercatat di dalam kitab Sejarah Yehu Anak Hanani, iaitu sebahagian daripada kitab Sejarah Raja-Raja Israel.

35 Pada suatu masa, Raja Yosafat mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia dari Israel, yang melakukan banyak kejahatan. 36 Mereka membina kapal-kapal besar di , 37 tetapi Eliezer anak Dodawa dari kota memberikan amaran kepada Raja Yosafat. Katanya, "Oleh sebab tuanku mengadakan hubungan persahabatan dengan Raja Ahazia, TUHAN akan memusnahkan apa yang telah tuanku bina." Kemudian kapal-kapal yang telah dibina itu musnah dan tidak dapat belayar sama sekali.

Lugar Bíblico
Região / Território
Moabe
Hoje: Altiplano da Jordânia Central
מוֹאָבmoav
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
31,18° N, 35,70° L
Citado em 162 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Amom
Hoje: Amã, Jordânia
עַמּוֹןammon
Amom é a terra dos amonitas, descendentes de Ben-Ami, com Rabá por capital. Os amonitas guerrearam contra Israel nos dias de Jefté, e Joabe arrasou a terra deles enquanto Davi estava em Jerusalém (1 Crônicas 20:1).
31,95° N, 35,93° L
Citado em 106 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Edom
Hoje: Sul da Jordânia (Seir / Petra)
אֱדוֹםedom
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
30,75° N, 35,60° L
Citado em 111 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
En-Gedi
Hoje: Ein Gedi
עֵין גֶּ֫דִיen gedi
En-Gedi é o lugar em cujas fortalezas Davi foi viver, e Saul foi avisado de que Davi estava no deserto de En-Gedi; foi uma das seis cidades de Judá no deserto, com seus povoados (1 Samuel 23:29).
31,45° N, 35,38° L
Citado em 6 versículos
Ver página completa
Pessoa
H85
Abraão
אַבְרָהָ֔םavərahamΑβρααμAbraam
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Significado: “Pai de uma multidão”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Amom
Hoje: Amã, Jordânia
עַמּוֹןammon
Amom é a terra dos amonitas, descendentes de Ben-Ami, com Rabá por capital. Os amonitas guerrearam contra Israel nos dias de Jefté, e Joabe arrasou a terra deles enquanto Davi estava em Jerusalém (1 Crônicas 20:1).
31,95° N, 35,93° L
Citado em 106 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Moabe
Hoje: Altiplano da Jordânia Central
מוֹאָבmoav
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
31,18° N, 35,70° L
Citado em 162 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Tecoa
Hoje: Khirbet Teku’a
תְּקוֹעַteqoa
Tecoa é a cidade onde Amós criava ovelhas e de onde Joabe mandou buscar uma mulher astuta para falar com o rei; os homens de Tecoa repararam um trecho desde a grande torre até o muro de Ofel (Amós 1:1).
31,63° N, 35,21° L
Citado em 14 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Amom
Hoje: Amã, Jordânia
עַמּוֹןammon
Amom é a terra dos amonitas, descendentes de Ben-Ami, com Rabá por capital. Os amonitas guerrearam contra Israel nos dias de Jefté, e Joabe arrasou a terra deles enquanto Davi estava em Jerusalém (1 Crônicas 20:1).
31,95° N, 35,93° L
Citado em 106 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Moabe
Hoje: Altiplano da Jordânia Central
מוֹאָבmoav
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
31,18° N, 35,70° L
Citado em 162 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Eziom-Geber
Hoje: Jezirat Faraun
עֶצְיוֹן גֶּ֫בֶרetsyon gever
Eziom-Geber é o lugar onde Salomão construiu navios, perto de Elate, na terra de Edom, às margens do mar Vermelho; ali também naufragaram os navios de Josafá (1 Reis 9:26).
29,46° N, 34,86° L
Citado em 7 versículosTb.: Ezion-Geber
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Maressa
Hoje: Tel Maresha
מָרֵשָׁהmareshah
Maressa é a cidade a que chegou o cuxita Zerá com um exército de um milhão de soldados e trezentos carros de guerra, e Asa o enfrentou no vale de Zefatá, perto dela (2 Crônicas 14:10).
31,59° N, 34,90° L
Citado em 6 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de 2 Tawarikh 36
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.