Pular para o conteúdo
Publicidade

2 TAWARIKH 27

Raja Yotam, Raja Yehuda

1 Raja Yotam menjadi raja ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. Bondanya ialah Yerusa anak Zadok. 2 Raja Yotam melakukan apa yang diperkenankan TUHAN, seperti Raja Uzia ayahandanya, tetapi baginda tidak seperti ayahandanya yang berdosa dengan membakar kemenyanbaginda tidak...berdosa...kemenyan; atau baginda tidak melibatkan diri dalam ibadat. di Rumah TUHAN. Walaupun demikian, rakyat baginda terus sahaja berdosa.

3 Raja Yotam membina Pintu Gerbang Utara Rumah TUHAN, dan baginda membaiki tembok kota di kawasan Yerusalem yang disebut Ofel. 4 Di pergunungan Yehuda, Raja Yotam membina kota-kota, dan di hutan-hutan baginda membina kubu dan menara. 5 Raja Yotam memerangi raja negeri Amon dan tenteranya, lalu mengalahkan mereka. Kemudian Raja Yotam memaksa orang Amon membayar ufti selama tiga tahun, tiap-tiap tahun sebanyak 3,400 kilogram perak, 1,000 tan gandum, dan 1,000 tan barli. 6 Raja Yotam bertambah kuat kerana baginda taat setia kepada TUHAN, Allahnya. 7 Perkara-perkara lain yang berlaku pada masa pemerintahannya, seperti peperangan dan dasar kerajaannya, semua tercatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Israel dan Yehuda.8 Raja Yotam berusia dua puluh lima tahun ketika baginda menjadi raja, dan baginda memerintah di Yerusalem selama enam belas tahun. 9 Raja Yotam mangkat dan dimakamkan di Kota Daud. Puteranya Ahas, menggantikan baginda sebagai raja.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também