Pular para o conteúdo
Publicidade

2 Tawarikh 33

Raja Manasye, Raja Yehuda

(2 Raj 21.1-9)

1 Raja Manasye berusia dua belas tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama lima puluh lima tahun. 2 Yer 15.4 Raja Manasye berdosa terhadap TUHAN, kerana mengikut perbuatan keji yang dilakukan bangsa-bangsa yang telah diusir oleh TUHAN ketika umat-Nya menduduki negeri itu dahulu. 3 Raja Manasye membina semula tempat-tempat penyembahan berhala yang telah dimusnahkan oleh ayahandanya Raja Hizkia. Raja Manasye membina mazbah untuk menyembah Baal dan membuat patung-patung Dewi Asyera. Baginda juga menyembah bintang-bintang. 4 2 Taw 6.6 Raja Manasye membina mazbah-mazbah untuk dewa-dewa di dalam Rumah TUHAN, tempat yang ditentukan TUHAN sebagai tempat beribadat kepada-Nya untuk selama-lamanya. 5 Raja Manasye juga membina mazbah-mazbah di kedua-dua halaman Rumah TUHAN untuk menyembah bintang-bintang. 6 Baginda mempersembahkan putera-puteranya di Lembah sebagai korban yang dibakar. Baginda mengamalkan ilmu tilik dan sihir; baginda berhubungan dengan ahli-ahli nujum dan bomoh. Raja Manasye sangat berdosa terhadap TUHAN dan membangkitkan kemurkaan-Nya. 7 Baginda meletakkan sebuah patung di dalam Rumah TUHAN, padahal tentang tempat itulah Allah telah berfirman kepada Raja Daud dan Raja Salomo puteranya demikian, "Rumah-Ku di Yerusalem ini, yang telah Kupilih dari antara dua belas wilayah suku Israel, ialah tempat yang Kutentukan sebagai tempat beribadat kepada-Ku selama-lamanya. 8 1 Raj 9.3-5;2 Taw 7.12-18 Jika umat-Ku Israel taat kepada segala perintah-Ku serta menurut seluruh Taurat yang diberikan kepada mereka oleh Musa, hamba-Ku, maka Aku tidak akan membiarkan mereka diusir dari tanah yang telah Kuberikan kepada nenek moyang mereka." 9 Raja Manasye menyebabkan penduduk Yehuda lebih berdosa daripada bangsa-bangsa yang telah diusir oleh TUHAN dari negeri itu ketika umat-Nya memasuki negeri itu.

Raja Manasye Bertaubat

10 Walaupun TUHAN memberikan amaran kepada Raja Manasye dan rakyatnya, namun mereka tidak mahu menghiraukan amaran itu. 11 Oleh itu TUHAN membiarkan panglima-panglima tentera negeri Asyur menyerang Yehuda. Mereka menangkap Raja Manasye dengan kaitan, membelenggu baginda, lalu membawa baginda ke . 12 Dalam penderitaannya Raja Manasye merendahkan diri, lalu kembali kepada TUHAN, Allahnya, dan berdoa memohon pertolongan-Nya. 13 Allah mengabulkan doa Raja Manasye dan membenarkan baginda kembali ke Yerusalem serta memerintah lagi. Perbuatan Allah itu meyakinkan Raja Manasye bahawa TUHAN itu Allah.

14 Selepas itu Raja Manasye meninggikan tembok luar di sebelah timur Kota Daud, bermula dari lembah dekat Mata Air , lalu terus ke utara sehingga Pintu Gerbang Ikan dan kawasan dalam kota yang dinamakan . Baginda juga menugaskan seorang pegawai tentera untuk mengetuai satu pasukan askar di tiap-tiap kota berkubu di Yehuda. 15 Raja Manasye menyingkirkan patung-patung dewa bangsa lain serta berhala telah diletakkannya di Rumah TUHAN. Baginda membongkar mazbah-mazbah dewa yang didirikan di bukit tempat letaknya Rumah TUHAN, dan di tempat-tempat lain di Yerusalem. Baginda membawa semua benda itu ke luar kota, lalu membuang semuanya. 16 Raja Manasye membaiki mazbah tempat beribadat kepada TUHAN, lalu mempersembahkan korban untuk memohon berkat TUHAN dan korban kesyukuran di situ. Baginda memerintah semua penduduk Yehuda supaya beribadat kepada TUHAN, Allah Israel. 17 Walaupun rakyat masih mempersembahkan korban di tempat-tempat penyembahan yang lain, tetapi persembahan itu untuk TUHAN.

Akhir Pemerintahan Raja Manasye

(2 Raj 21.17-18)

18 Segala perbuatan Raja Manasye, doa baginda kepada Allahnya, dan perkhabaran-perkhabaran nabi yang disampaikan kepadanya atas nama TUHAN, Allah Israel, telah dicatat di dalam kitab Sejarah Raja-Raja Israel.19 Doa raja dan jawapan Allah bagi doa itu, dosa raja sebelum baginda bertaubat, perbuatannya yang jahat, tempat penyembahan berhala dan lambang-lambang Dewi Asyera yang dibuatnya, serta berhala-berhala yang disembahnya, telah dicatat di dalam kitab Sejarah Nabi-Nabi.20 Raja Manasye mangkat lalu dimakamkan di istana; puteranya menggantikan baginda sebagai raja.

Raja Amon, Raja Yehuda

(2 Raj 21.19-26)

21  berumur dua puluh dua tahun ketika baginda menjadi raja Yehuda, dan baginda memerintah di Yerusalem selama dua tahun. 22 Seperti ayahandanya Raja Manasye, Raja juga berdosa terhadap TUHAN dan menyembah berhala yang disembah ayahandanya. 23 Tetapi Raja tidak merendahkan diri seperti ayahandanya dan tidak kembali kepada TUHAN, malahan baginda lebih berdosa daripada ayahandanya.

24 Pegawai-pegawai Raja Amon berkomplot melawan baginda lalu membunuh baginda di istana. 25 Kemudian penduduk Yehuda pula membunuh pegawai-pegawai itu dan melantik Yosia, putera Raja , menjadi raja.

Lugar Bíblico
Vale
Vale de Hinom
Hoje: Vale de Hinom, Jerusalém
תֹּ֫פֶתtophet
O Vale de Hinom é o vale junto à encosta sul de Jerusalém onde ficava Tofete, lugar em que se sacrificavam no fogo filhos e filhas a Moloque, até ser profanado (2 Reis 23:10).
31,77° N, 35,23° L
Citado em 12 versículosTb.: Hinom, Ben-Hinom
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Babilônia
Hoje: Al-Hillah (Babilônia), Iraque
בָּבֶ֫לbavelΒαβυλώνBabulōn
Babilônia é a cidade cujo rei foi a Jerusalém, tirou de lá o rei e os nobres e os levou consigo para a Babilônia (Ezequiel 17:12).
32,54° N, 44,42° L
Citado em 296 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Mar / Águas
Giom
Hoje: Fonte de Giom, Jerusalém
גִּיחוֹןgichon
Giom é a fonte onde o sacerdote Zadoque e o profeta Natã ungiram Salomão rei, depois de ele ser levado até lá por ordem do rei Davi (1 Reis 1:45).
31,77° N, 35,24° L
Citado em 6 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Ofel
Hoje: Colina de Ofel, Jerusalém
עֹ֫פֶלophel
Ofel é a colina onde moravam os servidores do templo, com Zia e Gispa encarregados deles. Jotão e Manassés fizeram obras no muro de Ofel (Neemias 11:21).
31,78° N, 35,24° L
Citado em 5 versículos
Ver página completa
Pessoa
H526
Amom
אָמוֹןamonΑμωνAmōn
Amom, filho de Manassés, reinou dois anos sobre Judá, seguiu os ídolos do pai e foi morto pelos próprios servos (2 Reis 21:23).
Significado: “Confiável”
Ver página completa
Pessoa
H526
Amom
אָמוֹןamonΑμωνAmōn
Amom, filho de Manassés, reinou dois anos sobre Judá, seguiu os ídolos do pai e foi morto pelos próprios servos (2 Reis 21:23).
Significado: “Confiável”
Ver página completa
Pessoa
H526
Amom
אָמוֹןamonΑμωνAmōn
Amom, filho de Manassés, reinou dois anos sobre Judá, seguiu os ídolos do pai e foi morto pelos próprios servos (2 Reis 21:23).
Significado: “Confiável”
Ver página completa
Pessoa
H526
Amom
אָמוֹןamonΑμωνAmōn
Amom, filho de Manassés, reinou dois anos sobre Judá, seguiu os ídolos do pai e foi morto pelos próprios servos (2 Reis 21:23).
Significado: “Confiável”
Ver página completa
Pessoa
H526
Amom
אָמוֹןamonΑμωνAmōn
Amom, filho de Manassés, reinou dois anos sobre Judá, seguiu os ídolos do pai e foi morto pelos próprios servos (2 Reis 21:23).
Significado: “Confiável”
Ver página completa
Todos os capítulos de 2 Tawarikh 36
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.