3 Abram bersujud, lalu Allah berfirman, 4 "Inilah perjanjian yang Aku buat dengan engkau: Aku berjanji bahawa engkau akan menjadi nenek moyang banyak bangsa. 5 Rm 4.17Oleh itu namamu tidak lagi disebut Abram, melainkan Abraham,Abraham: Dalam bahasa Ibrani, nama ini bunyinya seperti kata yang bermakna, "Nenek moyang banyak bangsa." kerana Aku menjadikan engkau nenek moyang banyak bangsa. 6 Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu, dan ada antara mereka yang akan menjadi raja. Engkau akan mempunyai keturunan yang sangat banyak sehingga mereka menjadi bangsa-bangsa.
7 Luk 1.55Aku akan menepati janji-Ku kepadamu serta keturunanmu turun-temurun, dan perjanjian itu abadi. Aku akan menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu. 8 Kis 7.5Aku akan memberikan tanah ini kepadamu dan keturunanmu; tanah yang sekarang engkau diami sebagai orang asing. Seluruh tanah Kanaan akan menjadi kepunyaan keturunanmu selama-lamanya, dan Aku akan menjadi Allah mereka."
9 Allah berfirman lagi kepada Abraham, "Engkau juga mesti bersetuju untuk setia kepada perjanjian itu, engkau dan keturunanmu turun-temurun. 10 Kis 7.8;Rm 4.11Engkau dan semua keturunanmu yang lelaki mesti disunat. 11,12 Mulai hari ini engkau mesti menyunatkan setiap bayi lelaki apabila dia berumur lapan hari. Ini termasuk hamba yang lahir di dalam rumahmu dan hamba yang dibeli daripada bangsa asing. Sunat itu akan menjadi tanda perjanjian antara engkau dengan Aku.