Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 101

Janji Seorang Raja kepada Allah

1 Mazmur Daud.

Aku menyanyi tentang kesetiaan dan keadilan,

aku menyanyikan lagu ini untuk-Mu, ya TUHAN.

2 Aku akan menjaga kelakuanku supaya tidak bercela.

Bilakah Engkau akan datang kepadaku?

Aku akan hidup suci di rumahku;

3 aku tidak akan membiarkan kejahatan berlaku.

Aku benci akan tindakan orang yang murtad;

aku tidak mahu berhubungan dengan mereka.

4 Aku tidak akan berlaku curang;tidak akan berlaku curang; atau menjauhi orang yang curang.

aku tidak akan terlibat dalam kejahatan.dalam kejahatan; atau dengan orang jahat.

5 Orang yang memfitnah dengan diam-diam

akan aku binasakan;

orang yang sombong dan angkuh

tidak akan kubiarkan begitu.

6 Aku berkenan akan orang yang setia kepada Allah;

mereka akan kubenarkan tinggal di dalam istanaku;

orang yang benar-benar jujur

akan aku benarkan melayani aku.

7 Pendusta tidak akan tinggal di dalam istanaku;

orang munafik tidak akan berada di hadapanku.

8 Tiap-tiap hari aku akan membinasakan

orang jahat di negeri kita;

aku akan mengusir semua orang jahat

dari kota TUHAN.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também