Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 102

Doa Orang dalam Kesusahan

1 Doa seorang yang sengsara dan letih lesu, yang mengeluh kepada TUHAN.

2 Dengarlah doaku, ya TUHAN,

dengarlah seruanku minta pertolongan.

3 Janganlah berpaling daripadaku

ketika aku dalam kesusahan.

Dengarlah apabila aku berseru,

dan jawablah permintaanku dengan segera.

4 Hidupku menghilang seperti asap;

badanku seolah-olah terbakar.

5 Aku layu seperti rumput kering,

dan seleraku hilang.

6 Aku mengerang dengan kuat;

badanku kurus kering.

7 Aku bagaikan burung liar di padang pasir,

bagaikan burung hantu di tempat runtuhan.

8 Aku tidak dapat tidur;

aku bagaikan burung yang kesepian di bumbung rumah.

9 Sepanjang hari musuh mencela aku;

mereka yang mempermainkan aku menggunakan namaku untuk mengutuk.

10 Abu menjadi makananku,

dan minumanku bercampur air mata

11 kerana kemurkaan-Mu yang menyala-nyala.

Engkau telah mengangkat dan membuang aku.

12 Hidupku berlalu seperti bayang-bayang pada waktu petang;

aku layu seperti rumput kering.

13 Tetapi Engkau, ya TUHAN, raja selama-lamanya;

semua keturunan akan mengingati Engkau.

14 Engkau akan bangkit dan mengasihani Sion;

masanya sudah tiba untuk mengasihaninya;

inilah masanya yang tepat.

15 Walaupun Sion telah musnah, hamba-hamba-Mu mengasihinya;

walaupun Sion telah runtuh, mereka mengasihaninya.

16 Bangsa-bangsa akan takut kepada TUHAN;

semua raja di bumi akan takut terhadap kuasa-Nya.

17 Apabila TUHAN membina Sion semula,

Dia akan menyatakan keagungan-Nya.

18 Dia akan mendengar doa umat-Nya yang papa,

dan tidak menolak permohonan mereka.

19 Tulislah semua perbuatan TUHAN untuk keturunan yang akan datang,

supaya generasi yang akan datang dapat memuji Dia.

20 TUHAN memandang ke bawah dari tempat-Nya yang suci,

Dia memandang dari syurga ke bumi,

21 untuk mendengar keluhan orang tawanan,

dan membebaskan mereka yang dijatuhi hukuman mati.

22 Oleh itu nama-Nya akan diisytiharkan di Sion;

Dia akan dipuji-puji di Yerusalem,

23 ketika bangsa dan kerajaan berkumpul

untuk menyembah TUHAN.

24 TUHAN melemahkan aku semasa aku masih muda;

Dia memendekkan umurku.

25 Ya Allah, janganlah ambil nyawaku,

sebelum lanjut usiaku.

Engkau hidup selama-lamanya;

26 dahulu Engkau menciptakan bumi,

dan langit pun karya tangan-Mu sendiri.

27 Semuanya akan lenyap, tetapi Engkau tetap ada;

semuanya akan usang seperti kain.

Engkau membuang semuanya seperti baju lama;

lalu semuanya akan lenyap.

28 Ibr 1.10-12 Tetapi Engkau tetap sama,

hidup-Mu tidak akan berakhir.

29 Anak-anak kami akan hidup dengan selamat,

dan keturunan mereka sentiasa aman dalam perlindungan-Mu.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.