Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 106

Kebaikan TUHAN terhadap Umat-Nya

1 1 Taw 16.34;2 Taw 5.13,7.3;Ezr 3.11;Mzm 100.5,107.1,118.1,136.1;Yer 33.11 Pujilah TUHAN!

Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik;

kasih-Nya kekal abadi.

2 Siapakah dapat menceritakan perbuatan besar yang dilakukan TUHAN?

Siapakah dapat memuji Dia dengan secukupnya?

3 Berbahagialah orang yang berlaku adil,

yang sentiasa melakukan apa yang benar.

4 Ingatlah aku, ya TUHAN, ketika Engkau menolong umat-Mu;

selamatkanlah aku juga, ketika Engkau menyelamatkan mereka.

5 Semoga aku melihat umat-Mu makmur semula,

dan semoga aku bersukacita bersama-sama umat-Mu,

serta berbangga bersama-sama mereka yang menjadi milik-Mu.

6 Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami;

kami jahat dan keji.

7 Kel 14.10-12 Ketika di Mesir nenek moyang kami tidak faham akan perbuatan-Nya yang menakjubkan;

mereka lupa akan kasih-Nya yang berlimpah,

dan mereka memberontak terhadap Yang Maha KuasaDapat bermakna: Yang Maha Kuasa; Naskhah Ibrani:laut. di Laut Gelagah.Laut Gelagah: Mungkin juga yang dimaksud di sini: (1) Kumpulan tasik dan paya di antara hulu Teluk Suez dan Laut Tengah. Di sana terdapat banyak rumput yang tumbuh di dalam air. Pada amnya, kawasan ini dianggap sebagai tempat berlakunya kejadian-kejadian yang diceritakan dalam Keluaran fasal 13. (2) Teluk Suez. (3) Teluk Akaba. (4) Laut Merah yang sesungguhnya.

8 Tetapi Dia menyelamatkan mereka menurut janji-Nya,

untuk menunjukkan kuasa-Nya yang besar.

9 Kel 14.21-31 Dia memberikan perintah kepada Laut GelagahLaut Gelagah: Lihat 106.7. dan laut itu pun kering,

lalu Dia memimpin umat-Nya menyeberang laut yang kering itu.

10 Dia menyelamatkan mereka daripada orang yang membenci mereka,

dan membebaskan mereka daripada musuh mereka.

11 Tetapi air melemaskan musuh mereka;

tiada seorang pun selamat.

12 Kel 15.1-21 Lalu umat-Nya percaya kepada janji-Nya,

dan menyanyikan pujian untuk Dia.

13 Tetapi mereka cepat lupa akan segala perbuatan-Nya,

mereka bertindak tanpa meminta nasihat-Nya.

14 Nafsu mereka berkobar-kobar di padang gurun,

dan mereka mencubai Allah;

15 Bil 11.4-34 oleh itu, Dia memberikan apa yang diminta mereka,

tetapi Dia juga mendatangkan penyakit yang dahsyat kepada mereka.

16 Di gurun itu mereka iri hati terhadap Musa,

dan terhadap Harun, hamba yang mengabdi kepada TUHAN.

17 Bumi terbuka dan menelan Datan,

dan menimbusi Abiram serta keluarganya;

18 Bil 16.1-35 api turun membakar pengikut mereka,

dan menghanguskan semua orang durjana.

19 Mereka membuat anak lembu emas di ,

lalu menyembah patung itu.

20 Mereka menggantikan kemuliaan Allah

dengan patung binatang pemakan rumput.

21 Mereka melupakan Allah yang telah menyelamatkan mereka,

Allah yang telah melakukan hal-hal besar di Mesir.

22 Sungguh hebat perbuatan-Nya di negeri itu,

sungguh menakjubkan perbuatan-Nya di Laut Gelagah.Laut Gelagah: Lihat 106.7.

23 Kel 32.1-14 Apabila Allah berfirman hendak membinasakan umat-Nya;

Musa, hamba pilihan-Nya, berdiri di hadapan Allah,

dan memujuk Dia supaya tidak membinasakan mereka.

24 Kemudian mereka menolak tanah yang indah itu,

kerana mereka tidak percaya akan janji Allah.

25 Mereka merungut di dalam khemah mereka

dan tidak mahu mendengarkan TUHAN.

26 Bil 14.1-35 Maka dengan sumpah Dia berjanji

akan membunuh mereka di gurun,

27 Im 26.33 dan mencerai-beraikan keturunan mereka antara bangsa-bangsa,

sehingga mereka mati di negeri-negeri asing.

28 Kemudian di , umat Allah ikut menyembah Baal,

dan makan korban yang dipersembahkan kepada dewa-dewa yang tidak bernyawa.

29 Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN dengan perbuatan mereka,

lalu penyakit yang dahsyat menyerang mereka.

30 Tetapi Pinehas berdiri dan menghukum orang yang bersalah,

lalu wabak itu pun berhenti.

31 Bil 25.1-13 Jasanya itu diingati orang,

dan dia pun dikenang sampai selama-lamanya.

32 Mereka membangkitkan kemurkaan TUHAN di mata air di ,

dan menyusahkan Musa dengan perbuatan mereka.

33 Bil 20.2-13 Mereka membuat dia begitu marah,

sehingga dia mengeluarkan kata-kata yang tidak seharusnya.

34 Bangsa-bangsa lain tidak dimusnahkan mereka

seperti yang diperintahkan TUHAN.

35 Malah mereka mengahwini bangsa-bangsa itu,

dan meniru cara hidup orang yang tidak mengenal Allah.

36 Hak 2.1-3,3.5-6 Umat Allah menyembah berhala-berhala,

dan hal ini menyebabkan kebinasaan mereka.

37 2 Raj 17.17 Mereka mempersembahkan anak-anak sendiri sebagai korban

kepada dewa-dewa negeri Kanaan.

38 Bil 35.33 Mereka membunuh anak-anak yang tidak bersalah,

sehingga negeri itu dinajiskan oleh pembunuhan itu.

39 Mereka mencemarkan diri dengan perbuatan mereka,

dan mereka tidak setia kepada Allah.

40 Oleh itu TUHAN murka terhadap umat-Nya;

Dia berasa jijik terhadap mereka.

41 Dia menyerahkan mereka ke dalam kuasa bangsa-bangsa,

dan membiarkan musuh menjajah mereka.

42 Mereka ditindas oleh musuh,

mereka dijajah sepenuhnya.

43 Berulang kali TUHAN menyelamatkan umat-Nya,

tetapi mereka masih memberontak terhadap-Nya,

sehingga dosa mereka bertambah-tambah.

44 Namun TUHAN mendengar seruan mereka,

dan memperhatikan kesusahan mereka.

45 Bagi kebaikan mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya,

dan kerana kasih-Nya yang besar, Dia mengasihani mereka.

46 Hak 2.14-18 Dia menyebabkan semua orang yang menindas mereka

berasa kasihan terhadap mereka.

47 Selamatkanlah kami, ya TUHAN, Allah kami,

dan bawalah kami pulang dari antara bangsa-bangsa,

supaya kami dapat bersyukur,

dan memuji nama-Mu yang suci.

48 1 Taw 16.35-36 Pujilah TUHAN, Allah umat Israel;

pujilah Dia sekarang dan selama-lamanya!

Hendaklah semua orang berkata, "Amin!"

Pujilah TUHAN!

Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Monte Horebe
Hoje: Jebel Musa
סִינַיsinayΣινᾶSina
O Monte Horebe é o monte de Deus, onde o Senhor fez aliança com os israelitas depois da saída do Egito e onde Moisés pôs as duas tábuas (2 Crônicas 5:10).
28,54° N, 33,97° L
Citado em 17 versículosTb.: Horebe
Ver página completa
Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Peor
Hoje: Khirbet Ayun Musa
פְּעוֹרpeor
Peor é um monte em cujo topo Balaque pôs Balaão, de onde se vê o deserto de Jesimom (Números 23:28).
31,78° N, 35,74° L
Citado em 8 versículosTb.: Baal-Peor
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Meribá
Hoje: Ain el Qudeirat
מְרִיבָהmerivah
Meribá é um lugar de águas em Cades, no deserto de Zim, onde a comunidade de Israel contendeu com o Senhor e Moisés e Arão desobedeceram à ordem de santificar o Senhor diante do povo (Números 27:14).
30,65° N, 34,42° L
Citado em 9 versículosTb.: Meribá-Cades
Ver página completa
Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.