Berkat kerana Taat kepada TUHAN
1 Lagu ziarah.
Berbahagialah orang yang taat kepada TUHAN,
yang hidup menurut perintah-Nya.
2 Hasil jerih payahmu akan mencukupi keperluanmu;
engkau akan berbahagia dan makmur.
3 Isterimu akan menjadi seperti pokok anggur yang subur di dalam rumahmu,
dan anak-anakmu umpama pokok zaitun yang muda di sekeliling mejamu.
4 Orang yang taat kepada TUHAN
pasti akan diberkati sedemikian.