Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 130

Doa Minta Tolong

1 Lagu ziarah.

Dari jurang kesusahan,

aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN.

2 Ya TUHAN, dengarlah rintihanku,

dengarlah seruanku minta tolong.

3 Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami,

siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman?

4 Tetapi Engkau mengampuni kami,

supaya kami hormat dan taat kepada-Mu.

5 Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN,

dan berharap kepada firman-Nya.

6 Aku menantikan Tuhan,

lebih daripada penjaga malam menantikan subuh,

lebih daripada penjaga malam menantikan fajar.

7 Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN,

kerana Dia tetap mengasihi

dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu.

8 Mat 1.21;Tit 2.14 Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel

daripada segala dosa mereka.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também