13 Engkau menciptakan segala bahagian badanku;
Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.
14 Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.
Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.
Aku benar-benar menyedarinya.
15 Ketika tulang-tulangku dijadikan,
dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku,
ketika aku tumbuh di sana secara rahsia,
Engkau tahu bahawa aku di sana.