Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 139

Allah Maha Tahu dan Memelihara Semuanya

1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.

Ya TUHAN, Engkau telah menyelami hatiku,

dan Engkau mengenal aku.

2 Engkau mengetahui segala perbuatanku;

dari jauh Engkau memahami fikiranku.

3 Engkau melihat aku,

sama ada aku sedang bekerja ataupun berehat;

Engkau mengetahui segala perbuatanku.

4 Bahkan sebelum aku bercakap,

Engkau sudah tahu apa yang akan kukatakan.

5 Engkau mengelilingi aku di segala penjuru;

Engkau melindungi aku dengan kuasa-Mu.

6 Pengetahuan-Mu tentang diriku sangat dalam;

terlalu dalam bagi pengertianku.

7 Ke manakah aku dapat pergi untuk menjauhkan diri daripada-Mu?

Ke manakah aku dapat lari dari hadirat-Mu?

8 Jika aku pergi ke syurga, Engkau di sana;

jika aku tidur di alam maut, Engkau di sana juga.

9 Jika aku terbang ke ufuk timur,

atau tinggal di hujung barat yang paling jauh,

10 di sana juga Engkau akan memimpin aku,

dan di sana pun Engkau akan menolong aku.

11 Jika aku minta kegelapan melingkupi aku,

ataupun cahaya di sekelilingku menjadi malam,

12 namun bagi-Mu kegelapan itu tidak gelap,

dan malam itu cerah seperti siang.

Bagi-Mu gelap dan terang sama sahaja.

13 Engkau menciptakan segala bahagian badanku;

Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.

14 Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.

Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.

Aku benar-benar menyedarinya.

15 Ketika tulang-tulangku dijadikan,

dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku,

ketika aku tumbuh di sana secara rahsia,

Engkau tahu bahawa aku di sana.

16 Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku.

Jangka masa hidupku sudah ditetapkan

dan dicatat di dalam kitab-Mu,

bahkan sebelum satu hari pun bermula.

17 Ya Allah, betapa sukarnyabetapa sukarnya; atau betapa berharganya. fikiran-Mu bagiku,

dan betapa banyak jumlahnya.

18 Jika dihitung, bilangannya lebih banyak daripada butir pasir.

Ketika aku bangun, aku masih bersama-sama-Mu.

19 Ya Allah, bunuhlah orang jahat,

dan jauhkanlah pengganas daripadaku!

20 Mereka memfitnah Engkau;

mereka menjahatkan nama-Mu.

21 Ya TUHAN, aku benci akan orang yang membenci Engkau!

Aku berasa jijik terhadap orang yang melawan Engkau!

22 Aku membenci mereka dengan sepenuh hati;

aku menganggap mereka musuhku.

23 Selidikilah aku, ya Allah, dan selamilah hatiku;

ujilah aku dan ketahuilah fikiranku.

24 Periksalah hatiku sama ada terdapat kejahatan dalam diriku,

dan pimpinlah aku ke jalan yang abadi.jalan yang abadi; atau jalan nenek moyangku.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.