Lagu Pujian
1 Pujilah TUHAN!
Nyanyikanlah lagu baru untuk TUHAN;
pujilah Dia dalam perhimpunan umat-Nya yang setia!
3 Pujilah nama-Nya dengan tarian;
pujilah Dia dengan memainkan kecapi dan tamburin.
4 TUHAN berkenan kepada umat-Nya;
Dia memberikan kemenangan kepada orang yang bergantung kepada-Nya.
5 Hendaklah umat Allah bersukacita kerana mereka menang,
dan bernyanyi dengan gembira sepanjang malam.