Pular para o conteúdo
Publicidade

Mazmur 17

Doa Orang yang Tidak Bersalah

1 Doa Daud.

Dengarlah rayuanku, ya TUHAN,

permintaanku untuk keadilan.

Perhatikanlah tangisanku,

dengarkanlah doaku yang tulus.

2 Engkau akan membela aku,

kerana Engkau tahu apa yang benar.

3 Engkau mengenal hatiku.

Apabila Engkau datang kepadaku pada waktu malam,

dan memeriksa aku dengan teliti,

tidak akan Kaudapati niat yang jahat pada diriku.

4 Aku tidak mengatakan yang jahat, seperti orang lain;

aku mentaati perintah-Mu dan tidak melakukan keganasan.

5 Aku selalu hidup menurut petunjuk-Mu

dan tidak pernah menyeleweng.

6 Aku berdoa kepada-Mu, ya Allah, kerana Engkau menjawab aku;

oleh itu berpalinglah kepadaku dan dengarkanlah kata-kataku.

7 Tunjukkanlah kasih-Mu yang mengagumkan,

dan selamatkanlah orang yang berlindung kepada-Mu;

di sisi-Mu, aku selamat daripada segala musuh.

8 Lindungilah aku, seperti biji mata-Mu sendiri;

sembunyikanlah aku di bawah naungan sayap-Mu,

9 lindungilah aku daripada orang jahat yang menyerang aku.

Musuh yang mengancam nyawaku mengelilingi aku;

10 mereka bercakap sombong dan tidak berbelas kasihan.

11 Mereka mengejar dan mengepung aku,

mencari peluang untuk menjatuhkan aku.

12 Mereka bagaikan singa yang menunggu hendak menyiat aku,

seperti anak singa yang bersembunyi menantikan aku.

13 Bangkitlah, ya TUHAN, lawanlah dan kalahkanlah musuhku!

Selamatkanlah aku

daripada orang jahat

dengan pedang-Mu.

14 Selamatkanlah aku

daripada orang

yang menimbun harta di dunia.

Hukumlah mereka dengan penderitaan

yang telah Engkau sediakan untuk mereka;

biarlah anak cucu mereka dihukum juga.

15 Aku akan melihat Engkau kerana aku tidak bersalah;

dan apabila aku terjaga, hadirat-Mu membuat hatiku gembira.

Todos os capítulos de Mazmur 150
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66
  67. 67
  68. 68
  69. 69
  70. 70
  71. 71
  72. 72
  73. 73
  74. 74
  75. 75
  76. 76
  77. 77
  78. 78
  79. 79
  80. 80
  81. 81
  82. 82
  83. 83
  84. 84
  85. 85
  86. 86
  87. 87
  88. 88
  89. 89
  90. 90
  91. 91
  92. 92
  93. 93
  94. 94
  95. 95
  96. 96
  97. 97
  98. 98
  99. 99
  100. 100
  101. 101
  102. 102
  103. 103
  104. 104
  105. 105
  106. 106
  107. 107
  108. 108
  109. 109
  110. 110
  111. 111
  112. 112
  113. 113
  114. 114
  115. 115
  116. 116
  117. 117
  118. 118
  119. 119
  120. 120
  121. 121
  122. 122
  123. 123
  124. 124
  125. 125
  126. 126
  127. 127
  128. 128
  129. 129
  130. 130
  131. 131
  132. 132
  133. 133
  134. 134
  135. 135
  136. 136
  137. 137
  138. 138
  139. 139
  140. 140
  141. 141
  142. 142
  143. 143
  144. 144
  145. 145
  146. 146
  147. 147
  148. 148
  149. 149
  150. 150

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.