7 Sekarang aku tahu bahawa TUHAN memberikan kemenangan
kepada raja pilihan-Nya;
dari syurga-Nya yang suci TUHAN mengabulkan permintaannya.
Oleh kuasa TUHAN, raja mendapat kemenangan yang besar.
8 Ada orang bergantung kepada kereta kuda mereka,
yang lain kepada kuda mereka,
tetapi kita yakin akan kuasa TUHAN, Allah kita.