Lagu Pujian
1 Hai orang salih, bersoraklah dengan gembira
kerana segala yang dilakukan TUHAN;
pujilah Dia, hai semua orang yang taat kepada-Nya!
2 Bersyukurlah kepada TUHAN dengan kecapi,
bernyanyilah dengan iringan alat muzik bertali.
3 Nyanyikanlah lagu yang baru untuk TUHAN,
mainkanlah kecapi dengan mahir,
dan nyanyilah dengan suara yang kuat!