Pular para o conteúdo
Publicidade

MAZMUR 4

Doa Petang untuk Minta Tolong

1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.

2 Jawablah apabila aku berseru,

ya Allah, Pembelaku!

Ketika aku susah dahulu,

Engkau datang menolong aku.

Sekarang kasihanilah aku,

dan dengarlah doaku!

3 Hai manusia, berapa lamakah

kamu akan menghina aku?

Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu,

dan mengejar yang palsu?

4 Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya,

dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.

5 Ef 4.26 Ketika kamu marah,

jangan berdosa.

Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri,

sewaktu kamu berbaring di tempat tidur.

6 Persembahkanlah korban yang benar

dan percayalah kepada TUHAN.

7 Banyak orang berdoa,

"Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN.

Semoga Engkau berkenan kepada kami."

8 Engkau membuat hatiku lebih girang

daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman.

9 Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram;

Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também