Doa Kesyukuran
1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
2 Aku menanti pertolongan TUHAN dengan sabar,
lalu Dia memperhatikan aku dan mendengar seruanku.
3 Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya,
dari paya yang berlumpur.
Dia meletakkan aku di atas batu
sehingga langkahku kukuh.
4 Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru,
lagu pujian untuk Allah kita.
Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takut
lalu percaya kepada TUHAN.
5 Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN,
orang yang tidak menyembah berhala
atau mengikut mereka yang menyembah dewa.
6 Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami,
ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya!
Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami,
tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya.
7 Engkau tidak mahu korban dan persembahan;
Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu,korban untuk menyenangkan hati-Mu; Harfiah: korban bakar. (Lihat Kamus.) dan korban untuk menghapuskan dosa.
Tetapi Engkau telah memberi aku telinga
yang dapat mendengar firman-Mu.
8 Oleh itu aku menyahut, "Inilah aku;
arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.arahan-Mu...Taurat; atau pengabdianku kepada-Mu tercatat di dalam kitab-Mu.
9 Ibr 10.5-7Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku!
Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku."
10 Dalam perhimpunan umat-Mu aku menceritakan berita baik
bahawa Engkau telah menyelamatkan kami.
Dengan tidak hentinya, aku menceritakannya.
Ya TUHAN, Engkau mengetahui semuanya.
11 Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati;
aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu.
Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diri
tentang kesetiaan dan kasih-Mu.
12 Ya TUHAN, janganlah berhenti mengasihani aku;
peliharalah aku dengan kasih dan kesetiaan-Mu.
Doa Minta Tolong
13 Aku dikelilingi banyak kesusahan,
jumlahnya tidak terkira.
Dosa-dosaku telah mengejar aku,
sehingga aku tidak dapat melihat.
Jumlahnya melebihi rambut di kepalaku,
dan aku kehilangan semangat.
14 Ya TUHAN, selamatkanlah aku!
Ya TUHAN, cepatlah tolong aku!